Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Salma Syahbuddin May 13, 2025 @ 5:57pm

“Lebih Baik Jaga Suami & Anak-Anak Daripada Jaga Rumah Tangga Saya”- Nora Ariffin Tempelak Netizen, Nafi Sengaja Tayang Gambar Arwah Suami

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya sengaja memuat naik foto bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi baru-baru ini.

Menurut Nora, perkongsian tersebut adalah sebahagian daripada kenangan peribadi dan bukan bertujuan untuk meraih perhatian.

Malah, dia turut memberi teguran kepada pihak yang mempertikaikan niatnya itu apabila menyarankan agar mereka lebih fokus menjaga keluarga sendiri daripada mencampuri urusan peribadinya.

“Kata tak minat, tak suka tapi follow untuk stalk.

“Post gambar suami kata menayang padahal suami saya pun suka. Post gambar arwah, kata tak jaga hati suami pula padahal suami pun teringat.

“Post gambar happy kata ‘happy lah tu sama juga bila post gambar sedih kata padan muka. Post gambar kucing kata kesian pula. Kau orang nak apa sebenarnya?.

“Lebih baik layan, pergi jaga suami dan anak baik-baik.

“Itu lebih dapat pahala daripada jaga rumah tangga saya,” katanya.

Pelantun lagu Dendam Dalam Diam ini meluahkan perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instahram Story miliknya.

Terdahulu, Nora menyorot perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto bersama Allahyarham suaminya yang juga komposer tersohor Johan Nawawi, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora memuat naik foto bersama suaminya memakai pakaian berwarna putih beserta kapsyen seakan meluahkan perasaannya pada ketika ini.

“Bercerai hidup tak sama dengan bercerai mati,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Arwah Suami, Netizen Bitter Dakwa Nora Ariffin ‘Gedik’.. Empunya Badan Respons: “Komen Negatif, Berunsur Fitnah, Saya Rasa Lebih Baik Berhati-Hati”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin Bersuara Tentang Maksud ‘Orang Ketiga’ Dalam Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN:“Kenyataan Itu Mendatangkan Fitnah Besar Terhadap Saya” – Suami Nora Ariffin Mengaku Tuntutan Cerai Atas Desakan Isteri Pertama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

[VIDEO] Ini Penjelasan Adira Suhaimi Mengenai Isu Sangkar Kucing – “Saya Tak Kejam”

Adira Suhaimi perjelas bela kucing jalanan, tak kurung setiap masa

Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: 4 Peserta Tersingkir! Perjalanan Trio XL, Dhania, Erfarina & Aniq Iffat Tamat Di Minggu Kedua

Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat tersingkir di minggu kedua CSOIAM.

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
error: Content is protected !!