Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2024 @ 1:12pm

Faye Kusairi Tak Malu, Dilabel Berniaga Tepi Jalan Tiada Standard – “Saya Terima Dengan Hati Ikhlas Dan Reda”

Pelakon Faye Kusairi meluahkan isi hatinya apabila ada individu yang melabel berniaga di tepi jalan sebagai tiada standard.

Katanya, walaupun ada yang berprasangka sebegitu, namun dia tidak pernah berasa malu malah seronok apabila dapat mengenali orang-orang baik hampir setiap hari.

“Menjaja tepi jalan takde standard. Tak malu ke niaga tepi jalan? Chill lah.. cetek sangat pemikiran tu.

“Tahu tak, bila saya berniaga macam ni dapat kenali masyarakat dengan lebih baik. Dan percayalah, ramai betul orang yang baik baik belaka, yang sentiasa bersedekah.. menginfaq hampir setiap minggu.. yang senang yang susah. Ni semuanya saya anggap rezeki yang meluas bila berniaga dekat sini.

“Banyak perkara yang saya pelajari, kenali dan alami. Hampir kesemunya mendorong ke arah yang lebih positif.. walaupun ada lah yang “sour”.. yet still impak positif tu terlalu overwhelming,” ulasnya.

 

Meskipun menerima kritikan dan kecaman dalam kalangan netizen, Faye bagaimanapun bersyukur apabila perniagaan nasi ayam yang diusahakannya kini semakin mendapat sambutan.

Justeru, dia positif dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadapnya.

“Syukur alhamdulillah… nak masuk 6 bulan dah and I’m still here, minding my own business and serving my customers.Baik yang regulars mahupun the new ones, yang dekat mahupun yang baik. Ada juga yang dah siap booking uuntuk bulan October nanti tau

“Apapun, saya terima dengan hati yang ikhlas dan redha. Hanya Allah SWT yang tentukan perjalanan saya dan saya tetap akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. InshaAllah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Faye Kusairi Menangis! Terharu Nasi Ayam ‘Sold Out’ Cepat… Sempat Mohon Maaf Kepada Pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN:Faye Kusairi Nafi Berniaga Nasi Ayam Akibat Tak Ada ‘Job’ – “Biasalah Orang Lebih Suka Fikir Negatif Tanpa Berfikir”

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Lebih Seminggu Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Faye Kusairi Syukur Ramai Beri Sokongan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Thu, 20 Jun 2024
Featured Tue, 14 Oct 2025

“Zaman Sekarang Yuran Sekolah Anak Punyalah Mahal” – Ayda Jebat

Kata Ayda, kadar bayaran yuran sekolah di peringkat awal kanak-kanak seperti tadika mahu pra-sekolah pada masa kini semakin tidak masuk akal kerana sudah mencecah ribuan ringgit.

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

Trending Thu, 7 Jan 2021

Barisan Hadapan Tertekan, Pakar Kesihatan Rayu Agong Henti PRU15

Kesihatan rakyat adalah yang paling utama

Featured Sat, 18 Jun 2022

Fizo Omar & Wak Doyok Dihentam Netizen Gara-gara Promosi Forex – “Tolonglah Bertaubat! Menyampah Tengok Iklan..”

Hmm no komen la kan sebenarnya ramai je main Forex ni betul tak? Doa je la baik baik 😅

Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Trending Mon, 10 May 2021

Adrian & Amyza Aznan Lagukan Salam Sayang

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Ini merupakan tahun kedua kita bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Mana tidaknya, sudah dua tahun kemeriahan […]

error: Content is protected !!