Featured By: Ad Ops July 13, 2018 @ 10:00am

19 Foto Menggemparkan Yang Menunjukkan Betapa Ramainya Penduduk Di Negara China, Sampai Sesak!

Pernahkah anda menghadiri konsert kpop atau rock? Ataupun gathering yang dilaksanakan oleh ahli politik?

Kalau ya, anda boleh bayangkan betapa sesaknya situasi itu kan? Bila berasak-asak dengan orang lain, tak sah kalau kita tak naik angin dengan perangai orang lain yang mungkin suka tolak-menolak kerana tak sabar.

Walau bagaimanapun, insiden sebegini sekali-sekala saja berlaku di Malaysia. Tapi di negara China, boleh dikatakan setiap hari ada orang berasak-asak di tempat-tempat tertentu!

Sebagaimana yang anda tahu, China adalah salah satu negara yang mempunyai jumlah penduduk terramai di dunia.

Jadi memang tak mengejutkanlah jika mereka berebut-rebut untuk ke sesuatu tempat, atau membanjiri jalan ketika adanya festival perayaan.

Hijab & Heels kongsikan 19 gambar yang menunjukkan kesesakan yang biasa dihadapi oleh orang negara China. Rasa lemas pun ada! 

Jom tengok! Dan cuba bayangkan jika anda yang duduk di sana. Anda sanggup? 

Di dalam gambar ini di bawah ini, para pelajar memasuki bangunan sekolah bagi menduduki peperiksaan untuk postgraduate studies di wilayah Anhui. Rekod menunjukkan 1.8 juta orang telah memohon untuk menyertai peperiksaan ini pada 2013.

Foto: Reuters/Stringer

Para pelajar menduduki peperiksaan di playground terbuka kepunyaan salah sebuah sekolah tinggi di wilayah Shaanxi. Lebih daripada 1,700 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut pada 2015. Kerana kesuntukan ruang indoor, peperiksaan itu telah dijalankan di luar.

Foto: Reuters/Stringer

Baju yang telah dicuci tersidai di ampaian sebuah hostel untuk pelajar sebuah universiti di Wuhan.

Foto: Reuters/Stringer

Para ibu bapa dilihat terbaring di atas tikar yang dilemparkan di dalam sebuah gimnasium di sebuah universiti di Wuhan.

Foto: http://www.thisisinsider.com

Seorang wanita sedang mengambil basikalnya di parking lot sebuah stesen keretapi bawah tanah di Beijing.

Foto: Reuters/Reinhard Krause

Orang ramai turun tangga dan menuruni escalator untuk ke platform stesen keretapi bawah tanah ketika rush hour.

Foto: Reuters/Kim Kyung-Hoon

Orang ramai tak sabar apabila sebuah kawasan perumahan mula dijual di Hangzhou.

Foto: China Stringer Network/Reuters

Orang ramai memenuhi stesen keretapi pada hari pertama cuti perayaan Mid-Autumn di Wuhan.

Foto: China Stringer Network/Reuters

Orang ramai menunggu untuk menaiki keretapi di stesen Zhengzhou pada hari pertama “The Golden Week”, sebuah perayaan yang meraikan penubuhan People’s Republic Of China.

Menurut China Tourism Academy, penumpang dan pengguna keretapi di China dijangka telah membuat 480 juta trip dalam masa satu minggu tersebut.

Foto: Reuters/Stringer

Pemandu teksi menunggu giliran untuk mengambil penumpang di lapangan terbang antarabangsa Beijing Capital yang baru.

Foto: Reuters/Claro Cortes IV

Pelajar kolej junior beratur di luar sebuah karnival kerjaya pada tahun 2014. Untuk sebuah karnival ini di Zhengzhou, sebanyak 50,000 orang telah hadir.

Foto: Reuters/Stringer

Lebih daripada 1,000 orang polis paramilitary telah menyertai exercise ini di Nanjing.

Foto: Reuters/China Daily

Untuk lari daripada haba ketika musim panas, orang ramai telah memenuhi sebuah pantai di Dalian.

Foto: thisisinsider.com

Sebuah resort pelancongan di Daying menawarkan option lain untuk sejukkan badan.

Foto: Reuters/Stringer

Para pelancong menyertai perta percikan air untuk menyambut tahun baru bagi golongan Dai di wilayah Yunnan.

Foto: Reuters/Stringer

Penganut agama Buddha menunggu di pintu masuk kuil Guiyuan di Wuhan pada hari kelima perayaan Tahun Baru Cina. Beratus juta orang memenuhi festival kuil dan nyalakan bunga api untuk perayaan ini.

Foto: Foto: Reuters/Stringer

Orang ramai membanjiri Nanjing Road di Shanghai yang penuh dengan lampu-lampu neon, ketika mereka membeli-belah. 

Foto: Reuters/Claro Cortes

Kenderaan dapat dilihat di jalan utama Beijing ketika rush hour di waktu petang. 

Foto: Reuters/Jason Lee

Jadi, amacam? Anda rasa anda boleh tak duduk dalam keadaan sebegini?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018
Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

Featured Thu, 14 Jul 2022

[VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Kisah lama jangan dikenang. Katanya, Bella sendiri pun tak kisah dan faham kerjaya Alif sebagai seorang pelakon ☺️ Sweet je Alif bawa anak isteri sekali pergi shooting 🥹

Featured Wed, 8 Dec 2021
Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Featured Wed, 28 Aug 2019
Featured Wed, 12 Dec 2018
Featured Sun, 4 Jul 2021

Daftar Sekarang Dan Mohon Bantuan Ibu Tunggal Bernilai RM300 Sebelum 5 Julai

Menerusi insentif PENJANA tahun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Ibu Tunggal bernilai sebanyak RM300 secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi tahun ini, pelaksanaan […]