Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses. Bisul boleh merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah.
Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak. Jom kami kongsikan petua hilangkan bisul dengan cepat tanpa perlu berjumpa doktor.
Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
Untuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan di dalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.
Sapukan kapur sireh ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sireh kering, sapukan lagi. Ulang sehingga bisul anda kecut.
Ambil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tak tahan pedih, basuh dengan kedar segera. Ulang sehingga bisul anda kecut.
Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering, gantikan dengan campuran yang baru. Ulang sehingga bisul anda hilang.
Kunyah daun sireh dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sireh, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Kena tahan sikit. Ulang sehingga bisul anda tiada lagi.
Rendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam. Uncang teh tadi jangan pula diminum selepas tu, ada banyak bakteria.
Minyak tea tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah.
Ubat homeopati juga boleh digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris, silicea 30c dan Bryonia 200c. Apa salahnya mencuba, kan? Mana tahu kot serasi.
Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul. minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda.
Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Ubat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.
Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul hilang.
Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Gunakan sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
Elak diri dari memakai pakaian yang ketat kerana pakaian ketat boleh menyebabkan anda banyak berpeluh. Peluh yang banyak menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan.
Jangan menggaru kulit kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit.
Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah.
Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh menyebabkan bisul merebak ke tempat-tempat lain.
Sumber: bidadari.my
Semoga diberikan kesembuhan
Puteri Sarah dah lama move on kan. Korang ni pun?❤️❤️❤️
Ruhainies hanya jalani kehidupan macam biasa
Ruhainies cakap views IG dia berjuta ya... takkan tak ada sorang yang positif kot..
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!