Featured By: Bibi Ramli August 13, 2019 @ 3:00pm

3 perkara wanita perlu elak selepas mengadakan hubungan intim dengan pasangan

Tahukah anda? Selepas melakukan perhubungan intim  dengan pasangan, seseorang wanita itu perlu elak daripada melakukan beberapa perkara demi kesihatan alat sulitnya.

Ramai orang mungkin akan memandang remeh terhadap perkara ini, terutamanya apabila mereka leka dibuai kenikmatan.

Tetapi jika anda pentingkan kesejahteraan faraj anda dan ingin melindunginya, teruskan baca artikel ini.

Menurut pakar sakit puan Leslie E F Page, apabila tisu faraj wanita melalui proses persetubuhan, cara ia bertindak terhadap persekitarannya akan berubah.

“Pertama sekali, risiko anda untuk mengalami jangkitan kuman lebih tinggi,” katanya, dipetik daripada  Independent.co.uk.

Jadi ingat, sebaik sahaja anda melakukan hubungan seks selepas ini, jangan sesekali melakukan tiga perkara di bawah.

Cuci kemaluan dengan sabun

Foto: HomeWater

Jika anda rasa mahu bersihkan faraj anda, pastikan anda tidak menggunakan sabun mandi.

Walaupun sabun ini efektif untuk membersihkan kuman dan kotoran, menggunakannya untuk membersihkan alat sulit anda sebenarnya boleh membawa padah.

Jika kulit anda bertindak dengan cara berlainan terhadap bahan kimia yaang terdapat kandungan sabun itu, anda berpotensi untuk mengalami reaksi alahan.

Bukan itu sahaja, menurut Dr Robert Wool, menggunakan sabun juga boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan pada kulit faraj anda.

Jika anda tetap mahu membersihkan juga, gunakan air biasa sahaja. “Faraj ialah satu organ yang boleh membersihkan diri sendiri dan perlu diberi layanan lembut.”

Lupa membuang air kecil

Foto: Best Health Magazine

Ketika anda menjalinkan hubungan seks, bakteria boleh ditolak masuk ke dalam pundi kencing.

Ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada pundi kencing anda, kata Dr Wool.

“Mahu berpelukan? Tiada masalah. Cuma pastikan anda kencing dalam masa sejam selepas anda bersetubuh.”

Berendam di dalam kolam panas bersama pasangan

Foto: iStock

Aktiviti ini memang memberi gambaran  indah selepas mengadakan hubungan intim, tetapi ia boleh membawa padah kepada alat sulit anda.

Ketika berendam di dalam hot tub bersama pasangan, anda terdedah kepada bakteria yang ada pada kulitnya.

Lagipun, pendedahan terhadap air secara berpanjangan boleh mengurangkan kecekapan kulit anda untuk menghalang mikrob daripada menembusinya.

Apabila vulva anda berkembang akibat respons terhadap seks, ia mendedahkan lagi pembukaan faraj anda. Ini bermakna potensi anda untuk mengalami jangkitan kuman adalah lebih besar.

Ingat ya, panduan di atas!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Featured Wed, 29 Apr 2020
Sihat Sat, 21 Jul 2018

Lupakan Musang King Sejenak, Ini 12 Khasiat Durian Belanda Wajar Anda Tahu

Ia boleh bertindak sebagai agen yang berkesan dan kuat untuk mematikan kanser pada badan.

Sihat Sat, 19 Oct 2019

Asap rokok tertier: Apa yang anda perlu tahu

Sisa asap rokok yang menyusup ke rumah dan kereta anda

Sihat Thu, 21 Jun 2018

Kalau Nak Kuku Kekal Cantik Dan Terjaga, Ikuti Tip Ini!

Sila jaga kuku anda untuk tampil menarik setiap hari!

Featured Tue, 8 Oct 2019
Sihat Mon, 30 Apr 2018

Jangan Tahu Makan Sahaja, Anda Perlu Ketahui Baik Buruk Pil Perancang Kehamilan

Adakah anda mengamalkan pil perancang? Ketahui baik buruk pil ini.

Sihat Thu, 7 Mar 2019

Kerap buang air kecil ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Jika anda hamil, artikel ini sememangnya untuk anda!

Featured Tue, 2 Feb 2021

| Live TV