Categories: FeaturedGaya Hidup

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Anda pernah tak rasa kecewa bila beli sebiji tembikai dan rasanya tawar? Mesti pernah kan? Penulis sendiri banyak kali terkena, rasa membazir saja. 

Sebenarnya, untuk memilih tembikai yang manis, anda perlu tahu tekniknya. Terdapat 4 rahsia nak pilih tembikai yang manis yang telah dikongsikan oleh seorang graduan pertanian, Aishah Wahab menerusi Facebooknya. Jom kita semak!

1. Tengok pada jalur buah

Jalur yang cantik, kemas dan tak serabut adalah tembikai yang isinya manis. Manakala, jalur yang tak cantik rasanya kurang manis.

2. Cari tapak buah yang kecil

Anda perlu memilih tapak buah tembikai yang kecil untuk rasa isinya yang manis. Jika tapaknya besar, rasanya kurang manis.

3. Pilih bentuk buah yang bulat

Untuk tembikai yang manis, bentuknya adalah bulat. Manakala, bentuk lonjong, buah tembikai itu agak berair sedikit (juicy).

4. Tengok pada tangkai yang curly

Tangkai buah tembikai yang curly biasanya rasa isinya lebih manis. Manakala, tangkai yang lurus, isinya rasa kurang manis.

Mudah saja cara nak pilih buah tembikai yang manis, kita saja yang tak tahu. Haha! Jadi, kalau anda nak beli buah tembikai boleh ikut cara ini ya!

Sumber: Facebook

tex_admin