Featured By: Ad Ops February 8, 2018 @ 2:59pm

5 Cara Tambah Berat Badan

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang kecewa dengan berat badan sendiri? Bukan masalah gemuk, tapi masalah underweight, atau terlalu kurus?

Setiap kali ingin membeli pakaian pasti ada masalah untuk mendapatkan saiz yang sesuai. Apa tidaknya, baju bersaiz ‘S’ pun nampak terlalu longgar? Sebaliknya, saiz ‘XS’ baru ngam.

Kalau ya, jom semak info berikut untuk mendapatkan berat badan ideal.

1) Ambil makanan tinggi protein

Setiap hari pastikan ambil makanan yang kaya dengan protein dan tinggi kalorinya. Antara makanan berprotein tinggi yang boleh dijadikan pilihan ialah daging lembu, dada ayam tanpa kulit, salmon, tuna, sardin, mackerel, telur, makanan berasaskan soya, keju rendah lemak, dan yoghurt rendah lemak. Jika makan nasi, ambillah lauk-pauk yang terdiri daripada makanan tersebut.

2) Tambah pengambilan kalori

Sekiranya tidak boleh makan banyak dalam satu masa, boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Cara ini perlu untuk menambah pengambilan kalori. Cuba makan enam kali sehari – sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam (‘supper’). Untuk minum pagi, minum petang dan minum malam, pilih menu yang sihat dan berkhasiat. Jangan sesekali menambah pengambilan makanan secara berlebihan. Ingat, yang paling penting ialah khasiat yang terkandung di dalamnya, bukan jumlahnya!

Banana smootie antara makanan kalori tinggi yang boleh anda amalkan setiap hari

3) Jangan Skip Waktu Makan

Kalau orang nak kurus tak boleh skip waktu makan, misi tambah berat badan pun kena buat perkara yang sama. Jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat perlukan. Lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein, karbohidrat dan lemak dalam diet harian. Ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan sementara menunggu waktu makan utama.

4) Makan Sedikit Tetapi Kerap

Jika anda berhadapan masalah kurang selera makan, anda boleh mengambil portion makanan yang sedikit tetapi kerap. Bawa makanan bersama anda jika perlu. Tapi, elakkan junk food yang tinggi kandungan gula dan garam. Ambil makanan yang sihat seperti kekacang, buah-buahan dan fitbar.

Fit bar lpaling mudah untuk dibawa ke mana-mana

 5) Bersenam

Bersenam bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, tetapi ia juga mampu menambah berat badan. Latihan mengangkat beban dan aerobik misalnya, selain dapat menjaga tubuh tetap fit, ia juga dapat membentuk otot tubuh secara perlahan-lahan.

Pastikan terdapat komposisi yang seimbang antara apa yang anda makan dengan senaman yang dilakukan. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

Featured Sat, 27 Feb 2021

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai. Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi. Susulan sumbangan mereka, Pejabat […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

Featured Wed, 5 Apr 2023