Categories: FeaturedOh Lawa

5 keunikan Himpunan Syawal Bahari Asyek yang pasti membuatkan anda tampil bergaya pada Aidilfitri

Baju kurung tradisional bukan saja tampak anggun apabila digayakan, tetapi lebih penting selesa dipakai terutama ketika berkunjung ke rumah sanak saudara pada Aidilfitri kelak.

Bagi wanita yang sedang mencari baju kurung tradisional, jenama terkenal Bahari Asyek menampilkan 32 rekaan menerusi Himpunan Syawal 2019 yang dipertontonkan dalam satu pertunjukan fesyen di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.

Pelbagai rekaan klasik baju kurung daripada Himpunan Syawal Bahari Asyek 2019 yang dipertontonkan di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini. NSTP/SADDAM YUSOFF

Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman, berkata meskipun mengekalkan gaya tradisional, rekaan baharu Bahari Asyek itu diberi nafas baharu bagi disesuaikan dengan cita rasa golongan muda.

“Sejak ditubuhkan 11 tahun lalu, Bahari Asyek setia dengan identiti kami iaitu baju kurung tradisional yang menjadi warisan kita, justeru setiap rekaan akan menampilkan gaya baju kurung klasik.

“Bagaimanapun, kita juga mengambil kira cita rasa golongan muda yang juga pelanggan setia Bahari Asyek terutama dari segi potongan yang dikecilkan sedikit dalam setiap rekaan,” katanya ketika ditemui usai pertunjukan fesyen Himpuan Lebaran.

Kebaya indah antara pilihan Himpunan Syawal Bahari Asyek 2019 yang dipertontonkan bersempena perasmian cawangan kedua Bahati Asyek di Hotel Concorde Shah Alam. NSTP/SADDAM YUSOFF

Bagi himpunan itu, pelanggan mempunyai pilihan baju kurung antaranya kurung Kedah Sunti, Kedah Seri, Pahang, Riau, Sultana, Tun Teja, Tun Fatimah, Kuno dan Archipelago, manakala rekaan kebaya pula menampilkan kebaya Pahang, 4 Dara, Siti Zaleha serta Cik Siti Wan Kembang.

Berikut adalah lima keunikan Himpunan Syawal Bahari Asyek:

1.  32 rekaan baharu

Himpinan Syawal Bahari Asyek menampilkan 32 rekaan dengan mengekalkan konsep jenama itu yang bercirikan warisan dan tradisional. Anda boleh memilih pelbagai rekaan, sama ada baju kurung atau baju kurung Kedah yang sesuai digayakan pada musim perayaan

2. Gaya tradisional

Gaya klasik baju kurung antara identiti Bahari Asyek. NSTP/SADDAM YUSOFF

Berbeza dengan kebanyakan jenama yang menampilkan himpunan khusus untuk baju raya, Bahari Asyek mengekalkan gaya tradisional baju kurung yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

3. Potongan baju diberi nafas baharu

Meskipun mengekalkan gaya tradisional, Bahari Asyek memberikan nafas baharu dari segi potongan dengan mengambil kira cita rasa golongan muda hari ini. Antaranya, ada baju yang dipotong kecil berbanding ukuran yang biasa supaya tidak kelihatan begitu besar apabila digayakan.

4. Fabrik selesa

Antara keunikan baju kurung Bahari Asyek 2019 adalah penggunaan fabrik yang selesa apabila digayakan dalam cuaca panas di negara ini. NSTP/SADDAM YUSOFF

Bersesuaian dengan iklam panas di negara ini, Bahari Asyek menggunakan fabrik yang selesa dan menyerap peluh apabila digayakan pada pagi Syawal. Antara fabrik digunakan ialah kain kapas, linen, sutera dan jute.

5. Boleh didapati dalam talian

Bermula suku keempat 2018, Bahari Asyek memperkenalkan jualan secara dalam talian menerusi aplikasi Instagram iaitu bahariasyekofficial dan bahariasyek.co yang menyediakan himpunan pilihan Bahari Asyek dan pilihan mampu milik.

Bersempena dengan pertunjukan fesyen itu, Bahari Asyek turut merasmikan cawangan keduanya yang mula beroperasi Januari lalu di ruang legar Hotel Concorde Shah Alam.

Pembaca yang berminat untuk memiliki sepasang baju kurung Bahari Asyek, anda boleh datang sendiri ke Hotel Concorde Shah Alam ataupun Plaza Masalam di Shah Alam.

Bagi yang tidak berkesempatan, jangan bimbang kerana anda boleh membeli menerusi aplikasi Instagram bahariasyek.co yang menampilkan dua pilihan iaitu Bahari Asyek (harga antara RM100 – RM2,800) dan bahariasyek.co dengan menyasarkan rekaan mampu milik berharga antara RM100 hingga RM300.

 

Fadzlena Jafar