Featured By: Fadzlena Jafar April 17, 2020 @ 9:27pm

5 petunjuk diambil kira sebelum PKP ditamatkan

Lima faktor penting perlu diambil kira sebelum Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata meskipun ketika ini lima negeri di Malaysia tidak mempunyai kes jangkitan baharu COVID-19, beberapa petunjuk perlu dipertimbang sebelum PKP ditamatkan.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan memberikan nasihat berdasarkan petunjuk berkenaan sebelum Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan penting terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Antara petunjuk yang kita kenal pasti ialah kes berkurangan, contohnya hari ini, kes yang positif 5,251. Selepas ditolak kes sembuh iaitu 2,967, kes di ICU sebanyak 51 kes dan kes yang meninggal dunia iaitu 86 kes, kita ada kes aktif 2,198 yang masih dirawat bermakna kes kebolehjangkitan masih ada.

“Faktor kedua ialah pengawasan (surveillance) yang dilaksanakan sejak Januari. Ketika ini KKM mengesan ada 114 kes penyakit berkaitan influenza (ILI) dan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dalam komuniti, namun jika kes SARI berkurangan, itu satu lagi petunjuk yang akan diambil kira,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya hari ini.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan hanya 69 kes baharu positif COVID-19, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 5,251 kes di negara ini.

Sebanyak 201 kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,967, iaitu lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.

Bagaimanapun, dua kes kematian dicatat pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kepada 86 kes atau 1.62 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, selain dua faktor berkenaan KKM turut melihat jumlah jangkitan berdasarkan kawasan, keupayaan makmal untuk melakukan ujian pengesanan dan keupayaan hospital untuk menampung jumlah pesakit.

Kakitangan Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sedang menjalankan ujian pengesanan COVID-19. (Gambar hiasan/Ihsan HSAN USM)

“Kita juga melihat kepada kawasan tertentu, iaitu sekiranya ada jangkitan ataupun kluster baharu di kawasan itu. Mungkin ada satu kes yang dikesan, tapi apa yang lebih penting tidak menjadi kluster yang besar.

“Kita juga perlu melihat keupayaan makmal, sama ada makmal kita dapat mengesan kes itu dengan cepat dan tepat, selain keupayaan hospital di negara ini untuk menampung jumlah pesakit.

“Setakat ini walaupun tidak bergegala atau bergejala ringan, kita akan masukkan pesakit ke hospital dan dipantau. Mereka yang ada gejala lebih serius atau ada radang paru-paru, semuanya akan di beri rawatan terbaik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika ini tiada perbincangan untuk menetapkan strategi keluar (exit strategy) termasuk garis panduan pasca-PKP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jan 2023

Famili Duo: Tema ‘Cinta’ Bawa Sabhi Sadhi & Fareed Di Tangga Paling Rendah – “Keseluruhan Persembahan Kali Ini…”

Adat pertandingan, ada masa di atas ada masa di bawah.. All the best untuk minggu kelima!

Featured Sun, 3 Apr 2022

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Wardina mohon agar Yasin dibebaskan untuk mendapat rawatan segera..

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi […]

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!