Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin November 13, 2018 @ 9:00am

5 Sebab Kenapa Bayi Muntah Susu Dengan Kuantiti Yang Banyak

Bayi muntah selepas menyusu atau ketika mereka sendawa adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan oleh para ibu. Tapi, jika bayi anda selalu sakit atau muntah dalam kuantiti yang banyak, anda perlu ambil perhatian!

Ini kerana, muntah susu yang banyak mungkin boleh membahayakan kesihatan bayi anda. Agaknya, kenapa ya bayi muntah susu dengan kuantiti yang banyak? Jom semak!

1. Refluks

Refluks atau refluks gastro-oesophageal terjadi apabila injap otot pada hujung saluran makanan sedang berkembang. Ini bermakna, apabila perut bayi anda penuh, makanan dan asid perut boleh mengalir keluar semula dari saluran makanan mereka.

Refluks ini akan membuatkan bayi muntah susu setiap kali selepas menyusu dan buatkan mereka tersedu (hiccup). Tapi, sekiranya bayi anda tidak dapat menyusu dengan baik atau kelihatan tak sihat, segeralah berjumpa doktor. Doktor mungkin akan beri ubat anti asid yang dibuat khas untuk bayi.

Foto: Zonamama

2. Alahan susu lembu atau intoleransi laktosa

Bagi bayi yang minum susu formula, mungkin bayi anda alah pada susu lembu. Ini bermakna sistem bayi memberi reaksi pada protein susu lembu tersebut. Manakala intoleransi laktosa pula, bayi anda mengalami masalah untuk menghadam laktosa iaitu gula semula jadi yang ada dalam susu.

Untuk pengetahuan anda, protein susu lembu dan laktosa ini boleh masuk ke dalam susu badan jika anda makan atau minum susu atau produk tenusu seperti keju ataupun yogurt.

Sekiranya, anda risau bayi ada masalah dengan susu lembu, anda boleh lakukan langkah ini:

  • Jika anda menyusu bayi, tanya doktor tentang bagaimana untuk mengurangkan susu lembu dalam diet anda untuk sementara waktu. Jika bayi anda minum susu formula, cuba untuk tukar kepada formula hypoallergenic.
  • Bincang dengan doktor dahulu sebelum mencuba langkah ini. 

3. Gangguan pada perut

Jika bayi anda muntah susu secara tiba-tiba atau disertai dengan cirit-birit, bayi mungkin mengalami gangguan pada perut seperti gastroenteritis. Gastroenteritis berlaku disebabkan daripada jangkitan bakteria. Rujuk pada doktor dengan membawa sampel najis bayi untuk mengetahui cara terbaik untuk merawatnya.

4. Jangkitan atau penyakit

Bayi anda mungkin akan muntah susu disebabkan mengalami jangkitan atau penyakit tertentu. Antara tanda-tanda yang perlu anda ambil kira adalah seperti:

  • Demam
  • Kurang selera makan
  • Keletihan
  • Ruam
  • Batuk
  • Hidung tersumbat

Foto: OhPanduan

5. Stenosis pilorus

Sebab ini jarang berlaku, namun boleh menyebabkan bayi muntah secara ‘paksa’ dalam masa setengah jam selepas menyusu. Stenosis pilorus biasanya terjadi apabila bayi anda berusia 6 minggu atau sebelum 4 bulan. Mungkin juga ia berlaku disebabkan keturunan dan bayi lelaki 4 kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini berbading bayi perempuan.

Walaupun, bayi muntah susu kebanyakannya adalah normal, tapi anda perlu bertindak lebih awal untuk membawa anak berjumpa doktor sekiranya bayi anda muntah disertai dengan:

  • Kekejangan
  • Kerap muntah dalam masa 24 jam
  • Muntah memancut
  • Dehidrasi
  • Muntah berwarna hijau
  • Muntah selepas jatuh
  • Tak aktif
  • Abdomen membengkak
  • Meragam dengan teruk
  • Tak mahu makan atau minum
  • Demam panas

Semoga bermanfaat!

Sumber: Theasianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub

Comelnya Ayub ☺️ Hidung mancung sangat tuu hehe

Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Tue, 7 Dec 2021

“Baik Sangat Walau Orang Kata Macam Mafia”- Ebit Lew Kongsi Pengalaman Jumpa Ketua Kawasan Bahaya di Sao Paolo Brazil

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) bersama pasukannya kini sedang mengembara di Brazil untuk memberikan bantuan dan melawat tempat-tempat di sana. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini, UEL bersama pasukan sudah berada di negara […]

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Sayuu pula min tengok Aedy ni. Tapi, best kan layan perasaan sorang sorang, tambah lagi ada view cantik ☺️☺️ Tenangg je!

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

Featured Wed, 19 May 2021

Bimbang Ekonomi Terjejas, Kerajaan Selangor Tidak Setuju PKP Penuh Dilaksanakan

Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,075 kes ramai yang beranggapan bahawa kerajaan bakal mengumumkan PKP penuh atau total lockdown selepas ini. Walaubagaimanapun, menerusi sidang media hari […]

Featured Tue, 19 Jun 2018

Awas Pencinta Kucing, Bulu Kucing Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda!

Jaga-jaga dengan bulu kucing, ia bahaya untuk kesihatan anda!

Featured Sun, 27 May 2018

Tampil Romantis Syawal Ini Dengan Koleksi Fattah Amin & Fazura

Kalau nak sama cantik sama padan seperti pasangan popular Fattzura, anda kena beli koleksi lebaran mereka.

error: Content is protected !!