Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 11, 2020 @ 4:00pm

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

 

Selera makan setiap individu berbeza, begitu juga dengan metabolisme badan yang tidak sama kadar keaktifannya bergantung pada tahap usia seseorang.

Namun begitu, satu perkara yang pasti adalah pengambilan makanan dalam menu harian akan mempengaruhi mutu kesihatan yang dimiliki.

Oleh itu, jika mahu mendapatkan badan sihat, pilih makanan yang menyihatkan dan amalkan senaman setiap hari.

 

Dr Tee E Siong. Foto: NSTP.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, dalam buku Resipi Sihat Pilihan Bijak berkata makan adalah perbuatan yang menyeronokkan, namun harus waspada dan makanlah berdasarkan keperluan fizikal.

“Kurangkan makanan yang mengandungi banyak lemak seperti makanan yang digoreng, dimasak bersama santan dan makanan yang diproses.

“Seimbangkan pengambilan makanan dengan bersukan kerana bersukan membawa banyak kebaikan seperti menguatkan jantung, meningkatkan tahap tenaga, menolong tidur yang lebih baik dan hidup juga menjadi lebih baik,”katanya dalam buku berkenaan.

Artikel berkaitan: Kira kalori pastikan gaya hidup sihat.

Amalkan pengambilan makanan suku suku separuh seperti disarankan Kementerian Kesihatan – gambar hiasan. Foto: NSTP.

 

Sehubungan itu, dua kata kunci utama yang boleh dilakukan berdasarkan saranan Dr Tee adalah memastikan badan menerima makanan sihat daripada tiga kumpulan makanan asas ini iaitu karbohidrat, serat dan protein.

Sekiranya ketiga-tiga kumpulan makanan ini diambil secara seimbang, badan akan berfungsi dengan baik kerana mendapat bekalan asas, namun senaman juga perlu dilakukan kerana jika tiada sebarang tindakan dilakukan untuk mengeluarkan peluh, badan akan menjadi tidak sihat.

Artikel berkaitan: Ketahui senaman mudah dan murah untuk kekal sihat.

Justeru itu, pengambilan makanan seimbang dan senaman adalah dua tindakan asas yang perlu dilakukan demi memperoleh kesihatan yang baik.

Tempoh minimum senaman bagi setiap individu yang ingin memiliki badan sihat adalah 30 minit setiap hari dengan melakukan senaman kardio, namun jika anda boleh melakukan lebih daripada itu ia adalah bonus untuk diri sendiri.

Makanan yang dimasak dengan kaedah kukus lebih baik daripada dimasak bergoreng – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Hijab & Heels kongsikan juga enam panduan mudah untuk sihat:

1. Amalkan pengambilan makanan suku suku separuh seperti disarankan Kementerian Kesihatan.
2. Lebihkan pengambilan air kosong kerana air yang mencukupi akan menjadikan badan sihat.
3. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam untuk individu dewasa dan lapan jam untuk kanak-kanak.
4. Berhenti makan sebelum kenyang.
5. Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
6. Memasak dengan kaedah rebus atau kukus lebih baik daripada menggoreng

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Featured Mon, 17 Feb 2025

Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh berjudul, Hening Rindu nyanyian Marsha dinobat sebagai AJL39

Featured Sat, 29 Apr 2023
Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Mon, 27 Jun 2022
error: Content is protected !!