Featured By: Fadzlena Jafar March 23, 2020 @ 7:26pm

6 kematian terkini akibat COVID-19 direkodkan hari ini

Sebanyak 6 kematian dan 212 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, menjadikan kumalatif 1,518 kes jangkitan dan 14 kematian  setakat petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 212 kes baharu itu, 123 adalah daripada kluster tabligh,  manakala selebihnya kontak rapat pesakit dan masih dlm siasatan.

“Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595, iaitu perempuan warganegara Malaysia yang berumur 51 tahun. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

“Kes kematian ke-13 pula ialah kes ke-1,006 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 49 tahun. Beliau ialah anak kepada kes ke-1,031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada hari ini,” katanya  pada sidang media sebentar tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. (Gambar BERNAMA)

Sehingga kini, seramai 57 pesakit akibat COVID-19 ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, seramai 20 pesakit COVIDー19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan 159 pesakit COVID-19 berjaya sembuh serta dibenarkan keluar daripada hospital.

Sementara itu, Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes kematian kesembilan adalah kes kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan yang membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan KKM, mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu, sebaik mengalami simptom Jangkitan Penafasan Akut dan disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu  sebelum meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, semalam.

Kes jangkitan COVID-19 itu disyaki bukan dalam kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit COVID-19, sebaliknya berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes kematian ke-10 membabitkan seorang lelaki berumur 74 tahun daripada kluster tabligh yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac lalu dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 pm tadi.

Kes kematian ke-11 (kes ke-1070) pula adalah warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latar belakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari lalu dan menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac ini.

Bagi kes kematian ke-12, adalah kes ke-1,114 iaitu lelaki Malaysia berumur 70 tahun yang juga jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang, sebelum disahkan meninggal dunia, hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023

“Hubungan Kami Direstui Keluarga” – Fuad, Tom Bakal Nikah Bulan Depan

Wahhhhh! Tahniahh Fuad dan Tom, akhirnya bakal disatukan ❤️❤️

Featured Fri, 17 Jan 2020

Tudung dUCk kena ciplak? Vivy Yusof luah perasaan sakit hati

Hadiah paling tidak dapat dilupakan daripada ayahnya!

Featured Wed, 12 Jun 2019

Peminat Harry Potter kini boleh bergaya dengan kasut Vans bertemakan Hogwarts!

Tonjolkan minat anda menerusi fesyen ‘cool’ ini!

familuv Mon, 24 Feb 2020
Featured Thu, 23 Apr 2020

“Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh…tidak boleh,” – Ismail Sabri

Tolonglah jangan galak sangat nak balik kampung masa Ramadan ni

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bakat Luar Biasa!” – Mubarak Majid Rangkul Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Di India

Selalu berlakon watak jahat, orang tua miang dan bapak yg panas baran. Sangat menjadi setiap pembawaan wataknya.

Events Sat, 24 Sep 2022