Featured By: Fadzlena Jafar April 19, 2020 @ 7:15pm

65 rakyat pulang dari luar negara dikesan positif COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kluster baharu COVID-19 di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan 65 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air, 16 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes import itu terdiri daripada pelajar Malaysia yang pulang dari zon merah di Indonesia termasuk seorang dari Turki.

ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media  harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Setakat ini jumlah kes positif dalam kalangan mereka yang pulang dari luar negara adalah 65 kes, iaitu tambahan daripada 17 kes yang diumum, semalam. Kesemuanya dari Indonesia, kecuali seorang yang balik dari Turki.

“Kluster baharu berkenaan terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu satu daripada tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Hari ini, Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dikesan meningkat kepada 84 kes berbanding 54 kes yang dicatat semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 5,389 kes.

Jumlah kes yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital sebanyak 95 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,197 kes, manakala kes kematian hanya satu kes, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 89 kes atau 1.65 peratus.

Anggota Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat borang deklarasi kesihatan bagi membantu petugas kesihatan dalam saringan jangkitan COVID-19 di pintu masuk negara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. (Gambar hiasan/BERNAMA)

Dr Noor Hisham berkata, kesemua 65 kes import berkenaan kini dikuarantin dan diberi rawatan termasuk kluster baharu terbabit.

“Daripada jumlah itu, seramai 34 sudah dikuarantin di Melaka dan sembilan lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan tindakan Kerajaan untuk mengambil langkah mengkuarantin dan menyaring semua rakyat yang pulang dari luar negara adalah bertepatan, sekali gus mencegah daripada penularan kes import baharu,” katanya.

Gambar utama: Gambar hiasan/Kredit BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Fri, 12 May 2023
Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Featured Mon, 27 Apr 2020

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Keluar masuk kedai demi ilmu batik terap

Featured Fri, 17 Mar 2023