Categories: FeaturedParenting

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga di kalangan ibu bapa yang memberi gajet kepada anak-anak bagi mengalih perhatian mereka.

Menurut kajian, penggunaan gajet lebih di kalangan kanak-kanak banyak negatif daripada positif. Antara kesan negatif penggunaan gajet ialah

1) Tiada komunikasi, interaksi dan sosialisasi.

2)Masalah penglihatan mata seperti rabun dan juling.

3) Tidak ada stimulasi rangsangan persekitaran yang diperlukan anak-anak seusia dua tahun pertama seperti deria rasa, bau, sentuh dan eye contact.

4) Kanak-kanak lebih bersikap introvert iaitu berada dalam dunia sendiri dan tidak bercampur dengan orang.

5) Biarpun tiada kajian yang menunjukkan penggunaan gajet berkait rapat dengan autism, namun ia menjadi faktor yang boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat masalah autisme.

6) Menjejaskan tumbesaran fizikal kanak-kanak.

7) Perkembangan terbantut.

8) Mengakibatkan masalah obesiti disebabkan terlalu lama tengok serta duduk dengan gajet sambil makan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops