Featured By: Ad Ops April 19, 2020 @ 10:52pm

9 benda paling kotor di dapur yang akan mengejutkan anda, nombor 5 paling tak sangka!

Dapur adalah antara ruang di rumah paling popular ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bagaimanapun, dalam keterujaan menyediakan menu masakan, kebersihan dapur juga perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang perkara yang memudaratkan.

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Lifestyle Cleaning Services

Mungkin ramai yang tidak sedar terdapat beberapa barang di dapur yang menjadi sarang pembiakan bakteria. Menerusi perkongsian Huda Zainal di Facebook miliknya, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi mengenai pembacaannya dalam majalah Kings of Maid bertajuk, Even the cleanest kitchen has germs.

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Daily Mail

Selain ruangan sayur di dalam peti ais dan kain lap tangan, berikut antara benda paling kotor di dapur yang disenaraikan dalam majalah berkenaan.

1. Span pencuci

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Metro Parent

Span pencuci pinggan mangkuk adalah benda nombor satu paling kotor kerana keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria. Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New York Time, cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap dua minggu sekali.

2. Papan pemotong

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Home Depot

Papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu sebagai punca keracunan makanan. Hal ini kerana banyak serpihan makanan terlekat di celah tempat yang tercalar akibat kesan memotong.

Menurut Ben Chapmen, penyelidik keselamatan makanan di Universiti NC State, dia menyarankan agar papan pemotong dibersihkan dengan air suam terutama selepas memotong ayam.

Tambahnya, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah, manakala papan pemotong plastik untuk memotong daging serta ayam.

3. Sinki

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Expert Home Tips

Meskipun digunakan untuk mencuci, tidak semestinya ia kawasan yang bersih kerana sinki adalah tempat paling banyak bakteria Dan kuman.

Cara terbaik pembersihan sinki adalah menggunakan produk penyahjangkitan seperti peluntur sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.

4. Pembuka tin

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: iProperty

Kebanyakan kita hanya melalukan air untuk membersihkan pembuka tin. Sebulan sekali, rendam pembuka tin dalam air larutan cuka untuk membunuh kuman.

5. Kawalan panel peralatan elektrik

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: One Good Thing by Jillee

Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan elektrik seperti ketuhar, periuk nasi atau pengisar, namun terlepas pandang untuk membersihkan butang kawalan pada bahagian luar. Kawasan itu menjadi tempat pembiakan kuman kerana kita sering menyentuhnya ketika tangan masih kotor.

Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan. Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.

6. Gasket pengisar

Today Show

Kredit gambar: Parkland Vertical Solutions

Mungkin ramai yang takut tangan terluka terkena bilah pisau dan jarang mencuci gasket pengisar. Ada yang hanya melalukan air selepas mengisar bawang atau cili. Sisa bahan masakan yang terlekat dan tidak dibasuh dengan bersih akan membuatkan bahagian berkenaan berlumut dan menjadi sarang pembiakan bakteria.

7. Tempat letak pisau

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Today Show

Bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau? Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau.

Sebulan sekali, rendam tempat letak pisau di dalam air panas yang dicampurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci penyedut minuman untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau.

8. Bekas garam dan lada sulah

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: William Sonoma

Bahan yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan, namun antara bekas yang jarang dicuci. Sebelum memasukkan garam atau lada baharu, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.

9. Pemegang pintu peti ais

barang dapur paling kotor

Kredit gambar: Solution Pte Ltd

Apa sahaja pemegang di dapur seperti pemegang pintu peti ais, almari, ketuhar gelombang mikro ataupun tombol pintu perlu dibersihkan selalu untuk membasmi kuman yang terdapat di kawasan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Featured Tue, 25 Dec 2018

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Featured Tue, 27 Dec 2022

“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Sayunya luahan hati ibu Syamsul Yusof 🥹🥹🥹 Untungggg Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sangat penyayang 🥹🥹

Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Featured Thu, 12 Oct 2023