Categories: FeaturedOh Lawa

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Setiap kali tibanya hari raya, perkara yang penting yang perlu ada mestilah baju raya, kan? Masa inilah satu keluarga akan pakai baju baru yang cantik-cantik! Lagi meriah kalau pakai sedondon satu keluarga! Barulah raya anda bermakna sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setuju tak?

Tapi, gaya Aidilfitri anda tak chic tanpa padanan beg tangan dan kasut yang sesuai mengikut tema baju raya anda. Untuk hari raya tahun ini, jenama terkenal ALDO telah mengeluarkan koleksi beg tangan, kasut dan aksesori yang bukan sahaja untuk golongan wanita, malahan golongan lelaki juga.

Masih belum terlambat untuk anda bershopping di rangkaian jenama ALDO untuk mendapatkan koleksi-koleksi istimewa mereka. Sekiranya anda masih tak tahu nak mix and match warna baju raya dengan beg tangan dan kasut, jom kita lihat padanan-padanan yang boleh anda jadikan rujukan.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Hitam itu menawan kan? Cantik sungguh warna pilihan keluarga bahagia Rozita Che Wan ini? Kombinasi warna hitam memang akan nampak glam sekiranya anda bijak membuat padanan.

Tak salah sebenarnya jika anda memilih warna beg tangan yang berwarna gelap mahupun berwarna terang. Yang penting anda perlu berani untuk menggayakannya! Jom kita lihat antara koleksi beg tangan dan kasut  jenama ALDO yang boleh anda gayakan untuk lebaran ini.

Paling seronok jika anda bershopping di ALDO ini, anda juga boleh belikan kasut untuk suami anda! Ini kerana, terdapat pelbagai jenis koleksi kasut untuk kaum lelaki yang sangat in trend. Ingat! Bukan kaum wanita sahaja nak nampak bergaya, kaum lelaki juga nak tampil tampan pada lebaran nanti.

Kalau baju raya anda bertemakan warna biru gelap seperti yang dipakai oleh pasangan romantis Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini, anda boleh memilih koleksi beg tangan dan kasut ALDO yang berwarna putih, nude ataupun light pink untuk tampak lebih anggun.

Contohnya seperti koleksi ini:

Jika anda nak nampak lebih simple tapi elegant anda boleh bertukar dengan beg tangan yang bersaiz sederhana kecil ini dengan taburan bunga manik yang menawan seperti padanan koleksi ini:

Pilihan beg tangan dan kasut berwarna hitam ini sangat sesuai jika anda padankan bersama baju raya seperti yang digayakan oleh Hanis Zalikha sekeluarga. Warna hitam sebenarnya istimewa kerana ia boleh dipadankan dengan apa jua warna baju raya anda.

Cantik kan, semua koleksi jenama ALDO ini? Anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan ALDO berdekatan dengan anda.

tex_admin