Categories: Featured

Anak-Anak Pasti Teruja Kalau Dapat Tengok Dinosaur Cuti Sekolah Ini

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, pastinya ibu bapa antara individu yang paling sibuk mencari lokasi percutian untuk membawa anak-anak. Kononnya untuk ‘reward’ anak-anak yang dah penat lelah pergi sekolah! Waktu cuti sekolah jugalah masa yang sesuai untuk ibu bapa mengambil cuti setelah penat bekerja. Kadang-kadang, si anak ini memilih sendiri lokasi yang mereka mahukan, tetapi permintaan tersebut mestilah dapat kelulusan mak ayah kan? 

Bagi ibu bapa yang masih pening lagi memikirkan lokasi yang ingin dikunjungi sempena cuti sekolah kali ini, Jurassic Research Center antara lokasi yang ‘happening’ untuk anda sekeluarga! Jurassic Research Center ini terletak di The Top, Komtar Penang. Pasti anak-anak anda teruja untuk melihat Dinosaur!

Foto – The Top Komtar

Jurassic Research Center akan memberikan anda sekeluarga pengalaman baru untuk mengenali lebih daripada 200 jenis Dinosaur dengan lebih dekat lagi. Menariknya, terdapat pameran-pameran yang berbentuk informasi berkaitan kehidupan Dinosaur yang hidup pada berjuta-juta tahun yang lalu. Kiranya, anda sekeluarga pergi holiday sambil belajar!

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Nampak macam teruja kan? Bukan itu sahaja, Gym Dinosaur pun ada tau! Jadi, boleh lah anak-anak anda bersenam sambil ditemani dengan Dinosaur. Best kan? Di gym ini juga terdapat peralatan permainan yang direka khas untuk merangsang perkembangan anak anda dengan cara yang menyeronokkan. 

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Foto – The Top Komtar

Menarik tak? Jadi pada anda yang nak bawa anak-anak ke Jurassic Research Center ini boleh lah survey harga tiket ini :

Harga Tiket Untuk Jurassic Research Center

Foto – The Top Komtar

Harga Tiket Untuk Gym Dino

Foto – The Top Komtar

Harga tidak lah mahal sangat kan? Kalau anda bawa anak ke lokasi ini untuk bercuti pasti mereka happy! Untuk pembelian dan pertanyaan boleh melayari website ini  http://thetop.com.my/attractions/jurassic-research-center/

Selamat Bercuti!

Sumber: The Top Komtar

tex_admin