Categories: FeaturedOh Lawa

Baru Berusia 5 Tahun Sudah Popular Kerana Memiliki Aset Rambut Yang Super Menawan!

Memiliki sepasang mata berwarna hijau, lirikan senyuman yang begitu manis dan berambut hitam yang lebat menjadikan kanak-kanak perempuan ini menarik seramai 58.7k pengikut di Instagramnya.

Mia Aflalo Shunem, kanak-kanak perempuan yang baharu saja berusia 5 tahun sudah popular apabila viral gara-gara rambutnya yang menjadi igauan! Kalau dilihat dia memiliki aset rambut yang sangat cantik.

Penampilan rambutnya tidak pernah mengecewakan dengan apa jua stail! Memang menawan sungguh, kalah orang dewasa!

Sagi Dahari, seorang penggaya rambut dikatakan telah membantu menjadikan Mia sebagai bintang yang semakin meningkat naik selepas bekerja dengannya untuk majalah British Vogue versi web.

 

Menurut Sagi, walaupun Mia masih kecil, dia sangat mudah untuk bekerja, tidak mudah mengeluh, sabar dan murah dengan senyuman. Memang comel dan cantik sungguh Mia ini kan? 

Sumber: Metro.co

tex_admin