Featured By: Ad Ops June 25, 2019 @ 4:00pm

Baru mula ‘dating’ seseorang? Ini 9 tanda dia tak ingin teruskan hubungan

Apabila anda mengenali seseorang dan mula meminatinya, perasaan yang berputik di hati anda memang syok.

Jika anda mahu pastikan sama ada anda dan si dia betul-betul serasi atau tidak, anda perlulah keluar bertemujanji dengannya.

Temujanji pertama anda sangat penting dalam menentukan bukan sahaja sama ada anda serasi atau tidak, tetapi juga jika ia mampu bertahan lama.

Walaupun anda rasa seronok dan ingin keluar lagi dengannya, tak semestinya teman anda itu mempunyai idea yang sama. Tak semestinya dia pun menaruh perasaan terhadap anda.

Jadi untuk kenal pasti, perhatikan jika dia ada melakukan mana-mana perkara di bawah yang dikongsikan oleh Insider. Jika ya, anda perlulah terima kenyataan bahawa dia sebenarnya tidak ingin lagi keluar bertemujanji dengan anda.

1. Fikirannya mudah terganggu

Tidak kiralah berapa lama anda sudah berpacaran dengannya, semestinya anda harapkan perhatiannya tertumpu 100 peratus kepada anda.

Anda tidak sepatutnya perlu berebut perhatian dengan telefon pintar! Jadi jika dia lebih kerap menggunakan gajet berkenaan daripada bercakap dengan anda, itu bukannya satu petanda yang baik.

Andrew Hanson, presiden Love Architects, sebuah syarikat yang membantu individu mencari cinta, berkata, “Jika dia lebih mementingkan perkara selain anda, itulah petanda yang dia tidak berminat untuk keluar dengan anda lagi selepas itu.”

Foto: AskMen

2. Sehari berlalu tetapi dia langsung tidak berhubung dengan anda

Sepatutnya anda atau dia berhubung atau menghantar mesej terima kasih selepas melalui satu temujanji yang menyeronokkan.

Jika anda tidak menerima sebarang komunikasi beberapa jam selepas temujanji berkenaan, ada kemungkinan anda langsung tidak akan dapat.

“Jika dia tidak berhubung dalam masa 24 jam, buangkan hasrat untuk keluar lagi dengannya,” kata Andrew. “Jika dia betul-betul menyukai anda, dia pastinya rasa teruja untuk memberitahu anda perasaannya dengan cepat.”

3. Perbualan anda bertambah bosan

Apabila anda bertemu janji dengan seseorang, selalunya ada bermacam-macam topik yang anda boleh bincangkan.

Memang normal untuk berdiam diri, tetapi jika terlalu kerap, ada potensi yang anda sebenarnya tidak serasi.

“Jika perbualan anda bukan lagi menarik dalam semua aspek, tamatlah kisah cinta anda,” kata Andrew.

4. Tiada semangat ketika temu janji pertama anda

Jika anda seorang sahaja yang bersemangat tetapi teman anda tidak menunjukkan minat, bersedialah untuk berasa hampa. Itu mungkin satu-satunya temu janji anda dengannya, kata Andrew.

5. Dia tampak tidak ikhlas

Jika perasaan anda terhadapnya ikhlas, sebarang interaksi anda dengannya akan datang dengan mudah dan secara semula jadi. Ia juga akan diterima dengan hati yang terbuka.

Tetapi jika anda rasa seperti anda terpaksa melayannya, itulah satu tanda yang anda patut matikan sahaja hasrat untuk keluar berdua lagi.

Foto: Shutterstock

6. Bahasa badannya tidak menunjukkan minat

Anda boleh memahami pelbagai perkara mengenai seseorang itu menerusi bahasa badannya. Samalah juga untuk mengetahui sama ada anda berdua akan keluar untuk pertemuan yang kedua.

Menurut pakar hubungan Elena Murzello, jika seseorang itu berpaling ke tempat lain, bersandar jauh atau tidak bertemu mata dengan anda, ini menunjukkan dia mungkin tidak berminat.

“Dia tidak sampai hati untuk membantutkan date anda, tetapi dia mungkin akan menolak apabila anda membuat perancangan untuk bertemu lagi selepas itu.”

7. Tiada perbincangan mengenai pertemuan dalam jangka masa panjang

Ketika date pertama, salah satu soalan yang selalu diutuskan ialah, “Apa yang anda cari daripada pertemuan ini?”

Jika teman anda tidak menyebut langsung mengenai anda atau mencari seorang pasangan hidup, ini mungkin sebab dia tidak terfikir untuk berpacaran dengan anda selepas ini, kata Elena.

8. Dia tidak langsung sebut mengenai janji temu yang kedua

Salah satu cara yang paling senang untuk ketahui jika dia ingin bertemu lagi dengan anda ialah jika dia ada menyebutnya.

Jika dia betul-betul berminat, dia tidak akan malu-malu untuk meluahkan niatnya.

Pakar hubungan Bonnie Winston berkata, “Petanda paling ketara yang menunjukkan dia tidak ingin keluar untuk janji temu dengan anda, ialah apabila dia langsung tidak bercakap mengenainya.”

“Ramai individu yang suka sama suka akan membuat perancangan untuk bertemu lagi walaupun temu janji mereka belum tamat.”

Foto: Medium

9. Responnya terhadap tindakan susulan anda berbunyi hambar

Jika anda terus menghubunginya selepas date anda, cara dia memberi respon dapat memberi petunjuk mengenai tahap minatnya terhadap anda.

“Jika anda berkata yang anda rasa seronok, pastinya anda harapkan reaksi yang sama,” kata Bonnie.

“Jika anda mendapat jawapan dalam bentuk “terima kasih”, “baguslah” atau emojithumbs up’, nampaknya anda seorang sahaja yang rasa seronok.”

. adakah pasangan anda lakukan mana-mana perkara di atas? Jika ya, carilah pasangan lain! Mungkin jodoh anda dengan orang lain sebenarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023

Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Bila lagi nak bermesra dengan suami kan? 🤪🥰 Netizen jealous ke tuuu?

Events Thu, 27 Oct 2022

“Saya Enggan Kejar Populariti” – Dilabel Sendu, Cliff Umar Tak Kisah Nama Semakin Sepi

Nama penyanyi Cliff Umar yang merupakan vokalis bagi kumpulan Projek Pistol semakin menyepi dalam industri nyanyian tanah air biarpun pernah menjuarai program nyanyian popular pada 2020. Menurut Cliff, tujuan utamanya berada dalam industri hiburan bukan […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
Acara Fri, 14 Sep 2018
Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Nicole Kidman dilarang menghadiri perkahwinan anak lelakinya oleh bekas suami, Tom Cruise

Semuanya kerana Nicole Kidman tidak mempunyai haluan agama yang sama dengan Tom Cruise.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

[VIDEO] “Kantoi, Ni Kot Yang Jebat Sebut GF Baba…” – Tular Foto Bersama Pramugari, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Steady Mamuuu 🤣 Sharnaaz Ahmad ‘kegilaan’ ramai wanita! Gitewww 🥵🤪