Categories: AcaraFeatured

Beli sambil beramal dan menang duit raya RM3, 000 daripada SofeaRose

Dalam usaha menangani pandemik COVID-19, jenama hijab terkenal, SofeaRose mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung COVID-19 Sofearose bagi membantu keluarga yang tidak berkemampuan.

Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri, berkata Sofearose sentiasa peka dan mengambil berat mengenai isu semasa, justeru jenama yang mula mencipta nama pada 2014 itu mahu memberikan yang terbaik kepada masyarakat khususnya pelanggan setia mereka.

“Ramai pihak yang mungkin terkesan atau terjejas dengan penularan COVID-19, justeru kami ingin membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik dengan menyumbangkan 5 peratus daripada hasil jualan SofeaRose menerusi beberapa kempen yang diadakan.

“Selain itu, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran untuk mereka yang ingin menjadi dropship bagi membantu mereka mencari pendapatan sampingan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Lebih menarik, SofeaRose bakal berkongsi duit raya berjumlah RM3,000 kepada pelanggannya yang bertuah. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, pelanggan akan menerima duit raya sebanyak RM500 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM109 melalui laman sesawang www.sofearose.com, Facebook @sofearose, Instagram @sofearose_hq dan ejen atau dropship SofeaRose yang berdaftar.

Seorang pemenang bertuah akan dipilih secara langsung di Facebook dan Instagram SofeaRose. Duit raya RM500 kemudian akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemenang pada hari kelima setiap bulan selama enam bulan berturut-turut.

Bukan sahaja boleh beramal ketika Ramadan, tapi pelanggan juga boleh menggayakan tudung baharu dan menang duit raya RM3, 000!

SofeaRose juga akan mengadakan Flash Sale pada 5 Mei 2020 selama 5 jam sahaja, justeru jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan potongan dan kebaikan berganda apabila membeli barangan SofeaRose.

Sementara itu, sempena kedatangan Aidilfitri, SofeaRose turut tampil dengan koleksi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020. Koleksi raya itu menampilkan 40 pilihan menarik bergaya mewah, namun boleh dimiliki pada harga mampu milik, sesuai dengan slogan, Kemewahan Milik Semua.

Kredit gambar: SofeaRose

Ad Ops