Featured By: Yanie Baharom April 1, 2020 @ 10:00am

Bila pocong jadi pengawal keselamatan, baru semua takut keluar rumah

Meskipun idea ini dianggap gila, barang kali dengan menyerahkan tugas pengawal keselamatan kepada ‘pocong’ dapat membuatkan orang ramai kekal di rumah.

Masakan tidak, biarpun sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa rancak dilakukan di kebanyakan tempat masih ada lagi yang berdegil dan keluar rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)ini.

Melepak dengan rakan-rakan pada waktu malam, waima mengenakan topeng muka, hal ini merisikokan diri mereka termasuk orang awam tanpa mereka sedari.

Hakikatnya, segelintir masyarakat seolah-olah tidak peduli dengan pelaksanaan PKP yang dilakukan kerajaan.
Disebabkan itu, beberapa daerah di Indonesia mengetengahkan cara unik dan kreatif bagi memastikan penduduk patuh pada pelaksanaan kuarantin bagi memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19).

Sebuah perkampungan di Kabupaten Purworejo, Desa Tuk Songo, melaksanakan sistem keselamatan dengan cara yang unik demi kelancaran tempoh kuarantin ini.

Dipetik daripada Detik.com, mereka menjadikan hantu pocong sebagai penjaga. Menariknya, pocong jadian ini bertujuan untuk mengingatkan penduduk untuk mengingati kematian.

Foto: Detik.com

Pocong jadian lengkap solekan mengerikan itu juga nampaknya berjaya menakutkan orang ramai daripada keluar rumah terutama pada waktu malam.

Walaupun penduduk tahu bahawa mereka itu adalah pocong palsu, tetapi kebimbangan berdepan dengan pocong yang sebenar tetap ada.

Bercakap mengenai tugasan dua pemuda berlagak pocong itu, mereka mengawasi aktiviti keluar masuk penduduk tempatan mahupun luar kampung yang memasuki perkampungan mereka.

Gambar hiasan, Foto: Idrisz

Memandangkan ia sebuah perkampungan di daerah terpencil, semua pintu masuk desa ditutup dan penduduk hanya boleh melalui satu jalan yang dijaga oleh dua pocong berkenaan.

Bukan sahaja menjadi pengawal, mereka juga akan menyembur cecair pembasmi kuman kepada penduduk yang melalui kawasan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Sebaknya min😰 Anak-anak mesti sedih tapi tak reti nak express😳

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.