Categories: FeaturedOh Lawa

Blogger Makeup Ini Mengubah Wajahnya Menjadi Rupa ‘The Nun’, Nampak Scary Tak?

Tak kiralah anda seorang peminat filem horror atau tidak, tapi jika anda peminat filem Hollywood, anda mesti pernah terdengar atau sekurang-kurangnya tahu tentang watak seram yang dinamakan The Nun.

Karakter biarawati ini pertama kali muncul dalam filem The Conjuring 2 arahan James Wan, sutradara filem seram terkenal di Hollywood yang juga merupakan anak kelahiran Kuching.

Namanya, Valak, pun disebut-sebut oleh sesiapa yang telah menonton filem itu. Oleh kerana dia berjaya meninggalkan impak, watak ini dihidupkan semula dalam sebuah lagi filem horror, iaitu The Nun.

Kali ini, ia fokus tentang Valak, roh jahat yang menghantui sebuah biara di Romania. Kalau trailer filem ini saja dah penuh dengan kejutan seram, apatah lagi filemnya?

Mungkin kerana minat sangat, makeup blogger Andrijana Stankovska dari Macedonia telah bereksperimen dengan solekan dan men-transform-kan rupanya hingga menjadi muka Valak. 

Dia siap pakai prostetik di hidungnya supaya mancung. Waaah! Anda tengoklah sendiri, menjadi tak?

Hebat, siap ada sound effect! Nasib baik dia buat muka kelakar di penghujung video.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops