Categories: FeaturedOh Lawa

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Fasha Sandha antara selebriti yang sering mencuri tumpuan, bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi juga kecantikan semula jadi wanita yang bakal bergelar ibu kali ketiga itu.

Semalam, beliau berkongsi hantaran dalam laman sosial Intagram miliknya, mengenai Perintah Kawalan Pergerakan dan berharap peminat turut mematuhi perintah berkenaan demi kesejahteraan setiap rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan yang sehingga kini memperoleh lebih 118,000 tontonan turut menarik minat pengikutnya yang rata-rata kagum dengan kecantikan wajahnya yang tidak mengenakan secalit solekan.

Ada yang memuji kecantikannya, tidak kurang juga yang mengagumi kesempurnaan kulit wajah Fasha Sandha yang seolah-olah tiada masalah kulit.

 

Kehadiran anak sulungnya, Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram yang mengenakan bedak sejuk dalam video berkenaan turut diperkatakan peminatnya.

Ada juga pengikut Fasha Sandha yang berpendapat mungkin juga itu antara rahsia kecantikan atres terkenal itu yang diturunkan kepada puterinya.

Penampilan Putri Rasysha Jemaima yang memakai bedak sejuk seolah-olah menggambarkan Fasha juga mengamalkan panduan kecantikan tradisional itu. (Sumber gambar daripada video Instagram Fasha Sandha)

Dalam satu lagi hantaran sebelum ini, Fasha Sandha turut berkongsi rahsia penjagaan kecantikannya untuk memperoleh kulit yang lebih sihat dan segar.

Berikut empat langkah yang diamalkan wanita jelita itu:

1. Minum air

Fasha Sandha minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Pengambilan air minuman setiap hari sememangnya digalakkan bagi membantu memperoleh kesegaran badan sepanjang hari.

2. Air lemon

Kadangkala, Fasha Sandha akan minum air yang dicampur hirisan lemon bagi membuang toksin dalam badan. Amalan berkenaan bukan sahaja dapat membantu memperoleh kulit wajah yang lebih sihat, tetapi juga mengawal berat badan.

3. Pemakanan seimbang

Fasha Sandha juga mengelakkan makanan berlemak dan mengandungi kalori yang tinggi bagi memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga. Fasha Sandha turut memastikan beliau dan keluarga sentiasa mengambil makanan yang banyak khasiat.

4. Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai

Paling penting, Fasha sentiasa memastikan menggunakan produk penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan dirinya. Sebagai duta Aurawhite, Fasha mengamalkan produk penjagaan Aurawhite Sparkle Diamond.

Menurut Fasha, penggunaan produk itu membantu mengurangkan masalah kulit kusam, kering atau berjeragat.

Fadzlena Jafar