Categories: FeaturedGaya Hidup

Cara mudah goreng ikan bilis agar rangup, garing dan sedap!

Menikmati lauk ringkas ikan bilis goreng dengan nasi panas dan telur mata kerbau memang menyelerakan! Ditambah pula dengan potongan cili padi dengan kicap, memang kecur air liur dibuatnya!

Kredit gambar: Cookpad

Bagaimanapun, ikan bilis yang liat dan sukar untuk dikunyah pasti akan membantutkan selera. Jangan risau, berikut adalah cara mudah untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup dan garing.

1. Tos sehingga kering

Kredit gambar: Kitchenbowl

Kebiasaannya kita akan membasuh ikan bilis sebelum memasak. Ikan bilis yang tidak kering dengan betul akan menyebabkan ia menjadi liat selepas digoreng.

Seeloknya, toskan air sehingga betul-betul kering sebelum menggoreng ikan bilis. Kalau mahu cepat, boleh sangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

Kredit gambar: Chopsticks and Flour

2. Simpan dalam peti sejuk

Anda juga boleh menyimpan ikan bilis yang sudah dibasuh dan ditos dalam peti sejuk semalaman. Kaedah itu akan menyejat air basuhan ikan bilis dan membuatkan ikan bilis garing selepas digoreng.

3. Cuka

Kredit gambar: NR Family Enterprise

Penggunaan cuka mampu menjadikan ikan bilis goreng rangup. Caranya renjis rata cuka makan selepas membasuh dan tos ikan bilis. Kemudian, goreng seperti biasa.

Anda juga boleh rendam terus dengan cuka selama lebih kurang lima minit sebelum digoreng. Jangan risau kerana ia tidak akan menjejaskan rasa ikan bilis.

4. Asam keping

Kredit gambar: Ainries

Jika tiada cuka, boleh letak dalam dua ke tiga asam keping semasa menggoreng ikan bilis, memang rangup.

5. Goreng sehingga minyak hilang buih

Cara menggoreng juga memainkan peranan untuk menghasilkan ikan bilis yang rangup. Seeloknya, goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis. Bagi mengetahui sama ada ikan bilis sudah garing adalah dengan melihat minyak gorengan sudah berhenti berbuih.

6. Penyimpanan yang betul

Kredit gambar: Cuisine World

Ikan bilis yang sudah masak garing perlu terus diangkat dan ditoskan menggunakan tisu dapur. Setelah sejuk, baru disimpankan dalam bekas kedap udara dengan elok. Insya-Allah ikan bilis akan tahan lama dan kekal rangup.

Selamat mencuba!

Kredit sumber: Sirap Limau

Ad Ops