Eat Travel By: Yanie Baharom October 3, 2018 @ 2:30pm

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Graf populariti wanita ini melonjak selepas kunjungan cef selebriti tersohor Britain, Gordon Ramsay ke kafe miliknya, Aunty Aini’s Garden Cafe pada Mei 2011.

Gordon merupakan figura ikon dunia masakan, cef selebriti dan pemilik beberapa restoran terkenal di Amerika Syarikat (AS) serta Britain.

Selain Gordon’s Great Escape, cef dari Britain itu turut terkenal dengan beberapa rancangan televisyen kendaliannya seperti Hell’s Kitchen, The F Word, Ramsay’s Best Restaurant, Ramsay’s Kitchen Nightmares dan MasterChef yang berjaya menarik jutaan penonton pada setiap siri.

“Kedatangan Gordon ke mari bukan sekadar mahu menikmati keunikan kulinari tradisional tempatan, tetapi dia mahu mempelajari teknik memasak,” ujar Aunty Aini yang memiliki nama sebenar, Norzaini Abdul Hamid, 60.

Menurutnya, dalam siri jelajah masakan tersebut, Malaysia menjadi destinasi pilihan Gordon selain Thailand, Vietnam dan India.

Biarpun memasak dengan resipi yang hanya agak-agak, resipi rendang daging yang dikongsikan dalam Gordon’s Great Escape telah mempopularkan Aunty Aini. Sehinggakan tidak menang tangan menguruskan kafe selepas rancangan tersebut disiarkan.

Foto: Bikesrepublic

Ketengah Masakan Asli Negeri Sembilan

Restorannya yang dinamakan Aunty Aini’s Garden Cafe mengetengahkan masakan asli Negeri Sembilan di kafenya di Kampung Chelet, Nilai.

“Selepas saya mengajar Gordon memasak rendang, ramai pelanggan yang datang ke sini bertanyakan rendang daging sedangkan ia tidak ada dalam menu.

Namun, disebabkan permintaan tinggi, saya mengambil keputusan untuk meletakkan rendang daging dalam senarai menu di kafe ini,” ujarnya.

Gordon bukanlah figura popular pertama yang pernah berkunjung ke kafenya. Pada tahun 2005, cef popular AS, penulis dan juga personaliti televisyen, mendiang  Anthony Bourdain telah berkunjung ke Aunty Aini’s Garden Cafe.

Pada masa itu, Bourdain sedang merangka dokumentari masakan. Dia datang ke sini bersama kru Discovery Channel untuk mengenali masakan Melayu tradisional. Sejak tersiar beberapa kali dalam Discovery Channel, ramai pelancong asing datang ke sini.

Jika ada acara perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, memang meriahlah kafe ini.

Apa yang mengagumkan, lidah mereka boleh menerima baik masakan Melayu, terutamanya masakan lemak cili api yang disediakan di sini.

“Jangan terkejut kalau anda melihat orang Sepanyol, Jepun, Korea, Australia dan orang asing lain boleh menghirup kuah lemak cili api yang pedas,” kata Aunty Aini yang tidak berkompromi tentang rasa masakan yang ditawarkan di kafenya.

Dia mengekalkan tahap kepedasan sebagai cara untuk mengekalkan keaslian rasa juadah Melayu Negeri Sembilan.

“Kalau namanya masak lemak cili api, memang kena pedas. Kalau saya kurangkan cilinya, ia sudah tidak asli lagi,” katanya yang belum pernah menerima kritikan atau mendengar rungutan daripada pelanggan mengenai masakannya.

Sebagai pemilik kafe, Aunty Aini turut menjadi individu yang penting di dapur.

“Memasak merupakan jiwa saya. Di kafe ini, saya tidak menyerahkan bulat-bulat kerja memasak kepada pekerja. Selagi saya boleh buat, saya akan buat,” katanya yang memberitahu, tiada rahsia dalam penyediaan masakannya.

Menyediakan variasi masakan lemak cili padi untuk daging, ikan dan seafood, pengunjung juga tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati kerabu pucuk paku yang sangat lazat dan ayam kampung goreng yang empuk.

Selain udang sambal petai, sambal ikan bilis, sotong goreng tepung, kangkung belacan termasuk laksa Johor. Meski ramuan masakannya tidak kedekut tetapi harga bagi setiap hidangan amat berpatutan!

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Foto: Instagram Aunty Aini’s Garden Cafe

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Featured Mon, 10 Apr 2023

Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Hmm kesian Zizan.. Min doakan semoga cepat berjodoh

Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]