Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd April 16, 2020 @ 12:20pm

Datuk Dr. Noor Hisham Diiktiraf Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Oleh China

‘Not all heroes wear capes’

Itulah ungkapan untuk menggambarkan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau diiktiraf antara tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN).

Menurut laporan CGTN, Datuk Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terkemuka peringkat global dalam peperangan menentang pandemik COVID-19. Dua lagi doktor yang turut diberi pengiktirafan adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Hero di mata dunia

Ketiga-tiga mereka digelar sebagai ‘hero negara’ dan mula mendapat perhatian dunia sejak beberapa minggu lalu apabila bijak mengawal keadaan apabila muncul di kaca televisyen selain sentiasa menampilkan perwatakan yang tenang, jelas dan meyakinkan ketika menyalurkan fakta penting mengenai pendemik ini.

Kredit foto: Twitter Datuk Dr Noor Hisham

Dr. Noor Hisham, 57, memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, dan dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat Malaysia kerana tuntas memberikan maklumat mengenai COVID-19 di media sosial.

Beliau mendapat kelulusan ijazah Sarjana dalam Surgeri dan Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mula menyertai sektor awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.

Kredit foto: Medsclinic

Beliau kemudian memilih bidang kepakaran dalam surgeri endokrin dan menjalani latihan di pelbagai universiti termasuk di Adelaide dan Sydney, Australia selain menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa dan tempatan serta menulis kandungan buku teks berhubung surgeri endokrin.

Terdahulu, kisah kehidupan Datuk Dr Noor Hisham menjadi inspirasi dan mulai tular di media sosial apabila beliau dikatakan pernah menetap di flat di Low Yat sewaktu kecil.

Kredit foto: Malay Mail

Sekalung tahniah dan syabas buat wira negara kita. Semoga beliau terus menjadi inspirasi buat semua.

Baca artikel berkaitan : Dari Anak Flat Kini Beliau Sertai Saintis Dunia Perangi Covid-19. Semangat Juang Dr Noorhisham Sentuh Hati Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 26 Dec 2020
Featured Tue, 11 Mar 2025
Trending Tue, 17 Apr 2018

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

Hiburan Fri, 23 May 2025

Fara Fauzana Nafi Dah Bertunang, Perjelas Hubungan Bersama Seorang Jejaka

Fara Fauzana masih single, perjelas foto bersama seorang jejaka

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

Featured Tue, 4 Jan 2022
error: Content is protected !!