Categories: FeaturedGaya Hidup

Ekspresi lucu rakyat Malaysia bila PKP dilanjutkan, artis pun sama naik!

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 April, bagaikan disambut ‘rela dalam paksa’ oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Bukan tidak memahami keputusan itu adalah yang terbaik dibuat oleh Kerajaan, tetapi fasa ke-3 PKP ini tekanannya lebih dirasakan terutama golongan tidak mempunyai berpendapatan tetap termasuk beberapa industri yang terjejas teruk akan keadaan ini.

Golongan selebriti juga tidak terkecuali, mengekspresikan perasaan mereka sebaik pengumuman lanjutan PKP dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Sebagaimana umum sedia maklum, industri hiburan antara kerjaya yang tidak terikat dengan pendapatan tetap, jadi sudah tentulah keadaan ini sukar bagi segelintir penggiat seni.

Apapun jangan stres dan bersedih kerana kita pasti menang dan berjaya memutuskan rantaian COVID-19 selagi mengamalkan sikap ‘kita jaga kita’.

Untuk hiburan pembaca, Hijab & Heels ingin berkongsi beberapa video ragam artis termasuk pengguna media sosial sebaik mendapat perkhabaran PKP dilanjutkan, yang mencuit hati ramai!

Jangan tak tahu, sejak semalam juga aksi memerang menjerit menjadi tular apabila kebanyakan rakyat Malaysia berkongsi dan memuat naik video berkenaan sebaik selesai pengumuman Perdana Menteri.

Semoga terhibur!

1. Shiha Zikir

2. Nora Danish

<

3.  Zizan Razak

4. Andi Bernadee

5. Aril Pilus

 

Video Netizen

 

 

Yanie Baharom