Categories: FeaturedGaya Hidup

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Seorang bapa yang tinggal di bandar Limoges, Perancis dikenakan hukuman penjara 3 bulan angkara memberi minum 2 orang anaknya yang berusia 3 dan 4 tahun minum air berkarbonat Coca-Cola. 

Menurut peguam kanak-kanak itu, bapa tersebut merupakan seorang yang buta huruf dan hanya memberi anaknya minum Coca-Cola sahaja kerana wang kebajikan keluarganya dihabiskan untuk membeli minuman beralkohol. Selepas menerima wang, keluarga malang ini tiada apa-apa bekalan makanan untuk dimakan, yang ada hanya Coca-Cola.

Bapa itu juga sering bertindak liar terhadap isteri dan anak-anaknya. Anak sulungnya juga mengalami kerosakan gigi akibat lebihan gula kerana bapanya hanya memberi anak-anaknya makan kek dan minum Coca-Cola sahaja.

Selain itu, rumah keluarga malang ini juga tiada peti sejuk, anaknya tidur di atas tilam tanpa berlapik dan tiada mainan kanak-kanak. Kesian kan?

Sepatutnya, menjadi satu tanggungjawab seorang bapa memberikan makanan yang secukupnya serta tempat tinggal yang selesa untuk isteri dan anak-anaknya. Bukan hanya menghabiskan masa dengan minum minuman keras! Semoga hukuman yang diterima dapat memberi kesedaran kepadanya untuk berubah. Kesian isteri dan anak-anak!

Sumber: Malay Mail

tex_admin