Categories: familuv

Inilah Resipi Frozen Yogurt Strawberi & Pisang Yang Anda Boleh Buat Dengan Si Kecil

Tiada siapa yang tak suka makan ais krim rasanya, terutama sekali kanak-kanak. Bagi mereka inilah snek yang paling mengasyikkan kerana ia sejuk untuk dimakan serta berkrim lembut.

Tapi kalau dibiarkan makan berlebihan, tak elok pula untuk kesihatan mereka.

Sebaliknya mereka boleh diberi makan frozen yogurt, satu pilihan yang lebih menyihatkan kerana adanya kandungan yogurt di dalamnya.

Namun begitu, produk-produk yang dijual di pasaran mungkin mengandungi gula tiruan yang boleh melawan balik elemen sihat di dalam sajian ini.

Jika anda ingin pastikan frozen yogurt ini ada rasa sedikit manis untuk menarik minat si kecil, seelok-eloknya gunakanlah gula daripada ramuan semula jadi.

Satu contoh resipi terbaik untuk situasi sebegini menggunakan ramuan buah strawberi dan pisang. Rasa manis-manis mereka memang kena dengan rasa masam dalam yogurt apabila digabungkan.

Dan membuatkannya lebih menarik, anak anda pun boleh ikuti sendiri resipi ini kerana ia mudah sangat! Jika anda sedang mencari aktiviti di dapur untuk diluangkan bersamanya, inilah dia.

Jom ikuti resipi frozen yogurt sihat di bawah ini.

Bahan-bahan

  • 3 cawan strawberi, disejuk bekukan
  • 3 biji pisang, disejuk bekukan
  • 2/3 cawan Greek yogurt berperisa plain
  • Strawberi segar, dipotong kecil (opsyenal)

Cara penyediaan

  1. Masukkan strawberi dan pisang yang frozen ke dalam sebuah mesin food processor. Blend dengan yogurt hingga lumat dan lembut.
  2. Tuangkan campuran ke dalam bekas kaca bersaiz 8×8 inci dan ratakan. Taburkan ketulan strawberi segar.
  3. Tutupkan dengan plastic wrap dan letakkan di dalam freezer selama 2 jam sebelum makan. Enjoy!

Sumber: Tasty

Ad Ops