Categories: FeaturedOh Lawa

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Polka dot antara corak yang kekal malar segar dan popular dalam dunia fesyen. Kali terakhir polka dot menjadi pilihan kebanyakan pereka fesyen adalah sekitar 2017, namun pada awal 2019 corak itu muncul dalam rekaan beberapa jenama fesyen antarabangsa.

Corak polka dot mula menjadi kenyataan fesyen pada 1926 apabila Ratu Amerika Syarikat, Norma Smallwood yang dikatakan mempunyai senyuman seiras Monalisa, karya agung Leonardo da Vinci, mengenakan bikini bercorak polka dot.

Bagaimanapun, polka dot menjadi popular di seluruh dunia apabila watak kartun terkenal, Minnie Mouse tampil dengan gaun polka dot dalam satu daripada siri kartun Disney, Mickey Mouse pada 1928.

Kredit gambar: Kind PNG

Seorang lagi selebriti Hollywood yang turut memainkan peranan penting dalam mempopularkan corak polka dot ialah mendiang Marilyn Monroe yang dirakam mengenakan bikini bercorak polka dot pada 1951.

Kredit gambar: Morningstar Pinup

Corak berkenaan kembali popular pada akhir 1970-an apabila dikaitkan dengan kebangkitan era supermodel.

Kredit gambar: Reels and Bobbins

Rekaan dan fesyen polka dot yang memberi definisi kepada gaya ceria itu bukan sahaja memberikan gaya berbeza, dramatik dan menggoda, malah menyerlahkan lagi perwatakan kewanitaan dalam berfesyen.

Reka corak klasik ini juga kelihatan cukup segar dan menjadi pilihan ramai pereka fesyen antarabangsa serta tempatan. Antara jenama yang gemar memperagakan corak polka dot di pentas fesyen ialah Balenciaga, Carolina Herrera, Balmain dan Dries Van Noten.

Kredit gambar: Fashionista

Seiring dengan perkembangan dunia fesyen, corak polka dot yang lazimnya hadir dengan kombinasi rona klasik hitam dan putih itu kini mempunyai pelbagai saiz dan warna yang menarik. Ia sesuai digayakan dalam apa jua jenis majlis jika bijak digabungkan dengan rona polos yang lain.

Kredit gambar: Gramho.com

Sesuai untuk semua peringkat umur, corak polka dot kini mendapat perhatian dalam kalangan wanita bertudung. Polka dot didatangkan dalam pelbagai variasi gaya antaranya seperti gaun labuh, tudung, baju kurung, skirt, seluar, blaus dan banyak lagi.

Mereka yang memilih corak polka dot perlu bijak bereksperimentasi dan berani mencuba pelbagai gaya untuk menyerlahkan lagi penampilan diri.

Kredit gambar: Pinterest

Jom lihat antara gaya fesyen corak polka dot yang sesuai untuk mereka yang bertudung.

Kredit gambar: Modest Forever

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Carousell

Kredit gambar: Aquila Style

Kredit gambar: Carousell

Kredit gambar: Alvina

Kredit gambar: Twinkle So Bright

Kredit gambar: Klozzet.my

Kredit gambar: Carousell

Ad Ops