Acara By: Yanie Baharom June 13, 2019 @ 2:00pm

Geli hati anak ketawa mengekek bila ditimang, tapi jangan sampai berlaku 3 perkara ini!

Salah satu cara yang sering dilakukan ibu bapa atau kebanyakan individu untuk membuatkan si kecil ketawa adalah dengan cara mengagah dan menimang bayi berkenaan tinggi-tinggi dan berkemungkinan besar bayi akan  mengekek ketawa.

Tapi awas, jangan berasa puas hati apabila melihat wajah si kecil  gembira ketika ditimang sehingga perbuatan itu mengundang bahaya kepada si kecil pula.

Bahaya yang dimaksudkan bukan terlepas dari ‘tangkapan’ bapa atau ibu, akan tetapi kemungkinan gegaran yang berlaku dalam otak apabila timangan dibuat dengan kuat dan laju.

Keadaan ini amat berisiko buat si kecil yang berusia dua tahun ke bawah kerana ia boleh menyebabkan tiga perkara ini iaitu gegaran otak (concussion),  pendarahan otak (ICB) dan DAI (diffuse axonal injury).

Apa yang berlaku adalah, bila anak ditimang dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang sedang laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. Inertia akan berlaku.

Foto: Cari Infonet/gambar hiasan

Inertia berlaku (badan terhayun ke hadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Disebabkan itu, berlakunya keadaan badan terhayun ke hadapan.

Kanak-kanak bawah umur dua tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap ke hadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.

Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.

Sekiranya mengalami kerosakan atau kecederaan otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome (SBS). SBS biasa terjadi ketika anak berumur enam hingga lapan minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat menangis. Untuk meredakan teriakan mereka, biasanya ibu bapa akan goyang-goyangkan dan hayunkan si kecil supaya berhenti menangis.

Foto: pucukpakuviral

Dan SBS boleh juga terjadi kepada kanak-kanak berusia dua dan sesetengah kes lima tahun.

Tanda-tanda kecederaan pada otak ialah:

1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.

2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur.

3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik.

4. Tidak sedar diri.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda sebegini selepas ditimang, segeralah membawanya bertemu dengan doktor untuk mendapat pemantauan.

 

Sumber: Pa&Ma

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Featured Fri, 19 Aug 2022

Akibat Harta Pusaka, Individu 70 Tahun Tikam Adik Sebelum Gantung Diri

Pasal harta sesiapa ja boleh bertindak luar kawalan😌

Featured Tue, 11 Oct 2022

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Apa pendapat korang mengenai lirik lagu ‘Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya’ yang dikatakan kontroversi ni? 🤔

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Isu Tular Diselamatkan Naik Helikopter

Tular isu berkenaan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang didakwa menggunakan kemudahan helikopter diselamatkan daripada bencana banjir di Shah Alam kerana statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Featured Fri, 3 Aug 2018

| Live TV

error: Content is protected !!