Categories: Eat TravelFeatured

Gladden Private Island Antara Pulau Paling Privasi Di Dunia!

Anda impikan percutian yang penuh privasi? Jika ya, anda boleh masukkan Gladden Private Island Resort, Belize di dalam list anda!

Ini kerana, pulau peranginan ini telah dinobatkan sebagai pulau peribadi dengan ciri privasi yang cukup terbaik! Bukan itu sahaja, pulau ini juga hanya mempunyai satu-satunya resort untuk anda tanpa gangguan ‘jiran-jiran’ yang lain. Wow!

Jika anda menginap di resort ini, anda akan dapat menikmati pemandangan laut di sekeliling pulau yang amat mengenangkan!

Penulis rasa, bagi anda yang nak berbulan madu, pulau ini antara pulau yang sangat sesuai! Ini kerana, resortnya hanya boleh menampung sehingga 4 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Eksklusif sangat! 

Nak tengok suasana resort ini dengan lebih jelas boleh tonton video ini:

Jika anda tertarik untuk mengunjungi pulau ini, boleh layari www.gladdenprivateisland.com untuk tempahan. Selamat bercuti!

Sumber: Gladdenprivateisland & The Vocket

tex_admin