Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Yass! Anggota Kumpulan Big Bang yang sering menjadi kegilaan ramai ini menunjukkan perubahan yang semakin ketara menerusi peningkatan berat badan beliau. Serius lah?

Kalau tak percaya, korang tengok lah sendiri gambar terbaru dari penyanyi kesayangan korang ni! 

Ramai yang berpendapat berat badan penyanyi itu meningkat disebabkan terlalu stress dan cara pengambilan makanan yang tidak terkawal. 

Menurut Allkpop, G-Dragon telah memuat naik gambarnya yang sedang makan disebuah restoran pada 13 November yang lepas. Dan siapa sangka, pemilik restoran terbabit telah mengambil gambar beliau dan memuat naiknya ke laman instagram miliknya. 

Namun, muat naik gambar tersebut mendapat feedback yang positif daripada peminat-peminat beliau. 

Bagaimanapun, sesetengah peminat juga langsung tidak mengenali beliau kerana G-Dragon kelihatan gemuk!

Salma Syahbuddin