Categories: FeaturedOh Lawa

Guna sudu pun boleh cantik, ketahui helah sudu untuk solekan menawan

Sudu, antara perkakas dapur yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk mengambil makanan, mengacau ramuan atau menyukat bahan masakan, malah ia juga bermanfaat untuk tujuan kecantikan.

Siapa sangka, sudu juga boleh digunakan secara kreatif dalam bidang kecantikan sebagai alternatif kepada kelengkapan solekan.

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak, penggunaan sudu mampu memberikan hasil yang mengujakan.

Berikut adalah antara helah menarik yang boleh dilakukan dengan sudu bagi tujuan kecantikan.

1. Pelentik bulu mata

Kredit gambar: Marie France Asia

Miranda Kerr dan Karlie Kloss antara selebriti antarabangsa yang menggunakan sudu untuk melentikkan bulu mata. Bagi mereka yang tidak mempunyai pelentik bulu mata di rumah, sudu adalah kaedah yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan bulu mata yang lentik.

2. Membentuk kening

Kredit gambar: Spot.ph

Bagi mereka yang tidak pandai melukis kening dengan pensil alis mata, pasti pernah mengalami masalah bentuk kening yang tidak sama. Anda boleh cuba gunakan sudu untuk mendapatkan hasil solekan kening yang lebih seimbang untuk kedua-dua belah kening.

3. Melukis ekor alis mata

Kredit gambar: Cosmopolitan

Dengan menggunakan bahagian pemegang sudu, gariskan panjang alis mata yang diingini. Kemudian, letakkan sudu pada bahagian atas sisi mata dan bentuk ekor dengan menggunakan sudu. Lukisan alis mata akan kelihatan lebih kemas dan cantik.

4. Memakai maskara

Kredit gambar: Top Fashion News

Pemakaian maskara kadangkala boleh terkena bahagian bawah mata sehingga menyebabkan solekan menjadi comot. Sudu boleh digunakan untuk melapiskan bulu mata agar tidak merosakkan solekan mata ketika memakai maskara.

5. Pembayang mata

Kredit gambar: Pinterest

Anda juga boleh menggunakan sudu untuk mendapatkan solekan pembayang mata dengan teknik ‘cut crease’. Hasilnya memang menjadi. Selamat mencuba!

Ad Ops