Categories: familuvFeatured

Hanis Zalikha Kongsi Cara Nak Simpan Telur Ayam Dalam Peti Sejuk. Perlu Ke Basuh Dahulu?

Selebriti terkenal, Hanis Zalikha antara yang kerap berkongsi tip-tip berguna di Instagramnya khususnya berkaitan ‘tip mak-mak’ termasuklah resepi untuk menu anak. Rata-rata peminat Hanis begitu teruja dan sentiasa positif dengan tip yang dikongsikan.

Baru-baru ini, Hanis telah berkongsi tentang tip beli telur dan cara penyimpanan telur ayam. Penulis nak tanya, bagaimana anda menyimpan telur ayam? Adakah anda mencuci telur tersebut terlebih dahulu? Ini perkongsian oleh Hanis yang mungkin berguna untuk anda.

Pilih yang bersih & tidak retak

Ketika anda membeli telur, belilah telur yang bersih dan tidak retak.

Basuh telur yang nak dimasak sahaja

Anda perlu basuh telur bila hendak dimasak sahaja. Ini kerana, tabiat membasuh telur yang terlalu awal akan menyebabkan protective layer pada telur hilang sekaligus telur akan cepat rosak. 

Cara simpan telur yang belum dicuci

Sekiranya anda berasa geli terhadap telur yang tidak dicuci. Anda boleh menyimpan telur tersebut di dalam bekas yang bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkan kotoran pada telur terkena pada makanan. 

Bagi diri penulis, penulis tidak suka beli telur dalam kuantiti yang banyak kerana tak nak kualiti telur terjejas kerana terlalu lama disimpan. Belilah pada kuantiti yang sedikit tetapi tetap menitiberatkan soal penjagaan telur supaya tidak rosak dan selamat untuk dimakan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram

tex_admin