Featured By: Shaidah Shafie April 23, 2020 @ 7:24pm

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Baju daripada fabrik atau kain polos sentiasa menjadi pilihan ramai kerana ia boleh disuai padan dengan apa sahaja termasuk kasut mahupun tas tangan berbeza warna.

Namun begitu, tidak semestinya baju daripada kain polos boleh digayakan untuk semua acara kerana mungkin ada yang dihasilkan daripada kain yang tebal dan tidak menyerap peluh.

Memikirkan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun serta mengimpikan gaya yang kena dengan kehendak diri, jenama fesyen tempatan yang terkenal dengan konsep tunik longgar paras lutut, Ella tampil dengan himpunan Ella by Cipela yang diperbuat daripada helaian polos.

Hidayah Hassan (kiri) dan Dr Shasa Aziz sepakat menghasilkan Ella by Cipela untuk penggemar tunik. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Pengasas Ella, Dr Shasa Aziz dan Hidayah Hassan, sepakat memilih kain polos kerana selain faktor cuaca, kedua-duanya gemar kepada kesederhanaan, namun pada masa sama tetap mahu menyarung pakaian yang melambangkan cita rasa mereka.

Dr Shasa yang mengendalikan klinik pendengaran di Subang Jaya berkata, walaupun sentiasa mempunyai hari yang padat dengan tugas, beliau memastikan tidak ketinggalan dalam berfesyen

“Saya mempunyai jadual kerja yang ketat, dalam satu hari kadang-kadang ada beberapa acara yang perlu dihadiri. Oleh itu saya sentiasa tercari-cari baju yang boleh dipakai untuk semua acara.

“Oleh sebab itulah terhasilnya Ella yang mengutamakan helaian polos kerana bagi saya kain yang tiada bercorak boleh masuk untuk semua acara sama ada rasmi atau tidak,” katanya ketika ditemui di butik Ella by Cipela, di pusat beli-belah Bangsar, baru-baru ini.

Tunik Ella dan Leia sesuai untuk semua acara. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Pada peringkat permulaan, Ella ditampilkan dalam dua potongan iaitu Leia dan Ella. Kedua-duanya dihasilkan daripada kain bersifat sejuk, polos tanpa corak dan dengan simbahan warna semula jadi seperti warna tanah.

Sebagaimana yang dimahukan kedua-duanya, Dr Shasa dan Hidayah sepakat menjadikan Ella dan Leia sesuai untuk semua peringkat usia serta pada masa sama mempunyai kelebihan boleh disuai padan dengan kain mahupun seluar.

“Meskipun saya daripada bidang perubatan, saya gemar berfesyen dan mahu menyarung pakaian yang selesa serta memudahkan pergerakan, sebab itulah Ella dihasilkan dengan ciri sopan dan selesa

“Ella by Cipela menyediakan satu penampilan gaya yang lengkap daripada pakaian hinggalah kasut yang disarungkan, tidak terkecuali di butik sama turut ditawarkan selendang dan tas tangan cantik pelengkap gaya,” katanya.

Ella by Cipela turut menawarkan tas tangan comel sebagai pelengkap gaya. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Bermula daripada harga di bawah RM100 sehingga RM300 dan ke atas, Ella by Cipela juga boleh dibeli menerusi dalam talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 17 Oct 2019

8 panduan penggunaan primer supaya solekan kekal sempurna sepanjang hari

Ikuti panduan yang dikongsikan oleh jurusolek profesional di dunia.

Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Events Fri, 29 Apr 2022
Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Featured Wed, 10 Feb 2021

Malaysia Negara Ketiga Miliki “Sugar Daddy” Paling Ramai Di Asia

Istilah “sugar daddy” dilihat sebagai satu “taboo” dalam masyarakat kita. Bagi umat Islam, istilah “sugar daddy” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun, menerusi portal Free Malaysia Today melaporkan hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy […]

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Mahu kulit wajah cantik berseri, ketahui jenis vitamin ini.

Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.