Categories: FeaturedOh Lawa

Ikuti 6 Teknik Makeup Ini Untuk Buatkan Bibir Anda Nampak Lebih Munggil

Inginkan bibir tebal dan montok macam bibir Kylie Jenner? Tak semestinya anda perlu menerima suntikan lip filler.

Dengan menggunakan makeup pun anda boleh wujudkan sebuah ilusi di mana bibir anda munggil sebenarnya.

Ya, makeup hanya sementara; tak macam suntikan yang akan tahan lebih lama. Tapi baguslah juga, kan? Jika anda tak suka, no problem. “Padam” saja lukisan makeup itu.

Jadi kalau anda ingin cuba tebalkan bibir dengan menggunakan makeup, ikuti mana-mana teknik yang dikongsikan di bawah.

1. Buangkan kulit bibir kering

Foto: Elizabeth Griffin

Bibir kering tidak memantulkan banyak cahaya jadi ia akan nampak lebih kecil. Gunakan berus gigi untuk menanggalkan kulit kering. Teknik ini juga menggalakkan peredaran darah dan secara automatik memberikan bibir anda warna merah semula jadi.

2. Gunakan concealer untuk mewujudkan permukaan yang lebih luas

Foto: Kathleen Kamphausen

Dab concealer ke permukaan bibir anda, hingga terlebih sikit daripada garisan bibir (lip line). Kemudian baru pakaikan lipstick. Dengan ini, warna lipstick anda akan lebih menyerlah lalu membuatkan bibir anda nampak lebih besar.

3. Sapukan lip gloss di tengah bibir anda di atas lapisan lipstick

Gunakan shade jernih ataupun warna paling serupa dengan warna lipstick. Dab di bahagian tengah kedua-dua bibir. Produk bersinar ini akan memantulkan cahaya dan jadikan bibir anda nampak lebih tebal.

4. Gunakan lip liner

Foto: Kathleen Kamphausen

Cari shade yang padan dengan warna lipstick dan lukis sedikit di luar garisan semula jadi bibir anda. Isikan warna bibir yang selebihnya dengan lipstick ataupun gunakan saja lip liner tadi.

5. Elak warna lipstick gelap

Menggunakan warna nude atau pink cair bukan saja trendy, malah ia membuatkan bibir anda nampak lebih besar secara semula jadi. Warna yang gelap menenggelamkan rupa mulut anda.

6. Gunakan dua shade nude lipstick yang berbeza

Foto: Kathleen Kamphausen

Pakaikan satu shade pada seluruh mulut anda, manakala warna yang lebih terang itu, pakaikan di bahagian tengah kedua-dua bibir. Tapi jika anda mempunyai bibir atas tebal tapi bibir bawah anda nipis (atau sebaliknya), hanya pakaikan warna terang pada bibir yang nipis. Ia akan mengimbangi rupa bibir anda dan ia akan nampak lebih montok.

Selamat mencuba!

Sumber: Seventeen

Ad Ops