Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Pernah menyertai pertandingan realiti Mentor pada tahun 2011, Shiha Zikir antara penyanyi yang memiliki pencapaian membanggakan.

Shiha yang kini dikenali di Indonesia selepas menyertai D Academy Asia turut menitipkan pesan kepada peserta Mentor 7 di konsert kedua program itu, malam tadi.

“ Kalian beruntung kepada antara ribuan yang datang ke uji bakat, empat mentor ini memilih anda untuk berada di pentas ini.

“ Sebagai seorang yang pernah berada di dalam program Mentor, saya nak berpesan kepada lapan peserta yang terpilih agar menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya.

“ Bukan mudah nak dapat peluang sebegini. Buat yang tersingkir, jangan putus asa. Percaya pada rezeki luas di luar sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shiha dijadualkan terbang ke Jakarta untuk merakamkan single dangdut terbaru.

SGMS Faida