Categories: FeaturedOh Lawa

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Jika anda merupakan seorang wanita yang bukan saja pentingkan gaya tetapi juga berdedikasi terhadap kerjaya, anda perlukan sebuah beg yang praktikal. 

Kalau anda sentiasa sibuk ke sana ke mari atas urusan kerja, besar kemungkinan anda takkan ada masa untuk balik ke rumah atau pejabat untuk mengambil barang-barang yang diperlukan untuk meeting seterusnya. 

Bila ini berlaku, terpaksalah anda sumbat semua dokumen atau fail penting ke dalam satu beg. Entah-entah anda kena masukkan tablet juga. 

Jangan lupa juga botol air, snek atau makanan tengah hari kalau anda tak sempat nak rehat lama. 

Lepas itu, kalau kena jumpa client, makeup anda mesti sentiasa kemas. Dan sebab itu kena ada spare makeup dalam beg.

Aduuuh, banyaknya benda nak kena bawa! Anda boleh relate tak dengan situasi ini? Jika ya, anda mungkin faham yang beg tangan biasa yang kecil molek saiznya langsung tak sesuai untuk anda.

Inilah sebabnya membeli sebuah beg tangan jenis tote yang berkualiti nampak macam sebuah pelaburan penting yang anda patut buat secepat mungkin.

Mungkin ada dalam kalangan wanita yang tak begitu gemar bentuknya yang nampak bulky tapi anda tak boleh nafikan yang ia sangat berguna untuk kehidupan seharian anda yang sibuk.

Dengan design yang praktikal dan saiz yang bermacam-macam, ia boleh memuatkan pelbagai barangan dari laptop ke pakaian sukan anda.

Anda juga tak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk beli tote bag yang bergaya dan praktikal. Jika anda cari betul-betul, ada saja keluaran yang cantik-cantik di pasaran.

Jika anda tak pasti design macam mana yang anda patut beli, ambil inspirasi daripada rupa beg-beg di bawah.

Foto: Zara

Foto: Mango

Foto: & Other Stories

Foto: Kurt Geiger London

Foto: Urban Originals

Foto: Rebecca Minkoff

Foto: Forever 21

Foto: H&M

Foto: Urban Outfitters

Sumber: WhoWhatWear

Ad Ops