Featured By: Yanie Baharom September 25, 2019 @ 9:05am

Interpretasi fesyen Fathia di ABPBH32 buat kita percaya alam galaksi itu indah!

Bordeless atau melangkaui sempadan adalah perkataan tepat yang boleh disaksikan ketika acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.

Ini kerana sesiapa yang hadir pada acara berkenaan, mereka pastinya menyaksikan perang fesyen wujud dalam kalangan selebriti tempatan yang hadir lantaran masing-masing menyarung busana luar dari kebiasaan pada majlis penganugerahan yang biasa dikaitkan dengan formaliti itu.

Sebahagian besar melangkah penuh yakin di karpet merah ABPBH32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, menginterpretasikan tema itu dengan baik.

Malah tema Melangkaui Sempadan juga membenarkan selebriti untuk lebih kreatif dalam berbusana.

Hijab & Heels memilih pelakon Fathia Latiff sebagai selebriti dengan pakaian tercantik pada malam penganugerahan berprestij itu, manakala untuk kategori lelaki, Hael Husaini paling menyerlah.

Melihat gaun indah rekaan pereka hebat, Melinda Looi, yang disarungkan oleh Fathia Latiff, membuatkan kita percaya bahawa dunia galaksi itu indah. Fabrik bermotif galaksi yang menawan dengan potongan gaun bertingkat serta berombak itu menyerlahkan penampilan Fathia yang turut mengenakan cat kuku berunsurkan elemen sama.

Foto: Instagram Fathia Latiff

Sementara Hael pula sememangnya jagoan fesyen dalam kalangan selebriti lelaki. Mengenakan persalinan gabungan tuxedo dan bath rope daripada koleksi peribadinya, busana yang dipilihnya effortlessly stail.

Malah Hael sempat berkongsi sedikit deskripsi mengenai pakaiannya, di mana saat dia pulang dari acara kemuncak ABPBH32, dia boleh terus tidur dengan penuh bergaya serta bangun dalam keadaan bersedia kerana itulah tuntutan bagi kehidupan seorang artis yang perlu dilihat berketrampilan di khalayak umum.

Hael Husaini tampil menyerlah dengan busana daripada koleksi sendiri. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Hijab & Heels juga gemar melihat stail ditampilkan Ara Johari yang menyerlahkan sisi alter ego, daripada seorang perempuan kepada ciri maskulin.

Ara johari. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Siapa lagi selebriti fashionista yang berjaya menambat hati Hijab & Heels, teruskan membaca!

Idayu AF Megastar

Idayu AF. Foto: Instagram Seth & Luna

Cara Idayu mempersembahkan gaun beropol rona biru nila rekaan Seth & Luna, mengingatkan kita kepada stail Lady Gaga di acara Met Gala 2019.

Bezanya, Idayu hanya menanggalkan skirt beropolnya, sementara Gaga, sebanyak tujuh helaian sebelum yang terakhir adalah bodysuit.

Zara Zya

Zara Zya. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE

Seperti sisik ikan duyung, begitulah gaun rekaan Syafieq Ayman ini diibaratkan. Ternyata, Zara sendiri mengakui, gaun berwarna hijau zamrud dengan perincian manik rona yang sama dan perak itu diinspirasikan daripada kisah dongeng si duyung.

Kehidupan duyung di dalam dunia marin, sebagai metafora kepada tema melangkaui sempadan. Menyerlah!

Sweet Qismina

Sweet Qismina. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Memperagakan gaun labuh dalam kemilau nuansa perak rekaan Vogue Lease, Sweet membayangkan warna sedemikian mempunyai kaitan dengan alam semesta yang dipenuhi bintang-bintang.

Alvin Chong

Alvin Chong. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Dia seperti berada dalam api yang marak membakar, jaket bomber yang diperagakan model dan pelakon Alvin Chong ini menyerlah keberaniannya dalam berfesyen selain menyerlahkan sisi bad guy di sebalik wajahnya yang innocent.

Haneesya Hani

Haneesya Hani. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE

Dengan sosok tubuh yang lampai berserta wajah eksotik, Haneesya Hani memperagakan busana Freda Creation dengan cukup elegan dan dia juga ibarat puteri fashionista angkasaraya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

Featured Tue, 16 Apr 2019

Larangan bawa bunga segar ketika melawat pesakit kanser di wad hospital. Peringatan buat semua!

Pesakit yang menjalani kemoterapi mempunyai kurang daya tahan badan.

Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

familuv Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar teknik Heimlich untuk selamatkan kanak-kanak yang tercekik!

Ikuti tutorial ini untuk pelajari teknik yang betul.

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Kalau pakai sabun saja, tak semestinya semua kotoran akan hilang.