Categories: Featured

Intip Telefon Suami Boleh Kena Denda Setengah Juta. Biar Betul?

Mungkin ada segelintir dalam kalangan anda yang ‘mengintip’ telefon bimbit pasangan. Yela, mana tahu ada menyimpan kekasih gelap dalam diam ke? Biasanya, aktiviti mengintip ini akan dilakukan setiap kali pasangan tidur atau pun semasa dia sedang keluar tanpa membawa telefon bimbitnya bersama. Mesti cepat-cepat anda check! Betul tak?

Kalau tak jumpa apa-apa yang mencurigakan, satu kelegaan akan terbit dalam diri dan kita boleh lupakan sebentar ‘kekasih halimunan’ pasangan kita itu. Tetapi, berbeza pula dengan pasangan yang telah berkahwin di Arab Saudi mungkin akan berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap sebagai perbuatan jenayah. Takutnya!

Foto: Berita Harian

Menerusi kenyataan Kementerian Penerangan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa undang-undang ini ternyata wujud dan telah dikuatkuasakan. Menurutnya, jika disabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara selama setahun. Peraturan ini juga merupakan sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa pada bulan lalu.

Selain itu, undang-undang ini diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka. Kita rasa macam perkara remeh mengintip telefon pasangan ini kan? Cuba anda bayangkan jika undang-undang ini ada dekat Malaysia. Macam manalah ya?

Sumber: Berita Harian

tex_admin