Categories: FeaturedGaya Hidup

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Masalah bau kereta yang busuk pasti akan berlaku sekiranya anda tidak menjaga kebersihan kereta anda. Tabiat makan di dalam kereta antara salah satu punca masalah bau ini berlaku. Lagi-lagi pada ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pasti anda tidak dapat elak daripada masalah ini.

Yela, anak-anak yang masih kecil pasti suka makan dalam kereta, jadi mungkin ada secebis makanan ataupun minuman yang tertumpah sehingga menyebabkan kereta berbau busuk. Jangan risau, mudah sahaja nak buatkan kereta anda wangi seperti baharu beli, hanya gunakan bahan-bahan dapur sahaja! Jom cuba petua yang mudah dan tidak memerlukan anda berbelanja lebih.

Foto: Wanista

1. Sediakan satu bekas plastik dan 1 getah gelang.

2. Ambil sehelai kertas tisu.

3. Satu sudu besar kopi.

4. Letakkan kopi dalam bekas plastik dan tutup dengan tisu serta ikat dengan getah gelang. Kemudian, letakkan bekas tersebut di bawah kerusi kereta anda. Sifat kopi boleh menghilangkan bau. Anda juga boleh menggantikan kopi dengan daun pandan. 

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Keluarga

tex_admin