Eat Travel By: tex_admin August 16, 2018 @ 4:00pm

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Malaysia sememangnya terkenal dengan variasi makanan dari pelbagai negeri mahupun bangsa. Kalau ditanya, anda pasti mempunyai makanan favourite yang tersendiri kan? Senang kata, makanan dekat Malaysia ini memang sedap-sedap belaka! 

Baru-baru ini, laman web Lonely Planet iaitu salah satu platform rujukan untuk kaki travel, telah menyenaraikan 500 makanan terbaik dari seluruh dunia. 

Kalau anda nak tahu, hidangan dari Malaysia telah tersenarai dalam top 5! Power tak?

Tangga pertama dimenangi oleh makanan dari San Sebastian, Sepanyol iaitu pinxtos atau pincho, manakala Kari Laksa Kuala Lumpur tersenarai sebagai makanan nombor dua terbaik di dunia. 

Yang paling menarik, keunikan rasa hidangan tradisi Malaysia itu berjaya menewaskan hidangan Sushi dari Jepun yang berada di tempat ketiga.

Seterusnya adalah hidangan daging bakar dari Texas yang menduduki tangga keempat, diikuti di tangga kelima oleh Som Tum dari negara jiran, Bangkok.

Selain itu, dalam 500 makanan terbaik dunia itu, terdapat 10 makanan Malaysia yang lain turut berada dalam senarai tersebut. Antaranya:

  • Ikan bakar (no.60)
  • Asam Laksa Penang (no. 123)
  •  Rendang Daging (no. 268)
  •  Mi Wantan (no. 299)
  •  Roti Bakar Kaya (no. 352)
  •  Roti Canai (no. 404)
  •  Char Kway Teow (no. 432)
  •  Durian (no. 445)
  •  Mi Hokkien (no. 464)
  •  Bak Kut Teh (no. 468)

Nampaknya, makanan negara kita mampu tambat hati semua orang serata dunia! Hebat kan?

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Kaki Selfie? Jom Selfie Banyak-Banyak Di ‘Selfie Museum KL’ Hujung Minggu Ini

Gerenti ‘manis’ Facebook dan Instagram anda bila muat naik foto di muzium ini.

Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Featured Sun, 17 Apr 2022