Categories: Eat TravelFeatured

Kepulauan berbentuk hati yang sempurna untuk percutian romantis

Bagi mereka yang mendambakan percutian romantis, pulau adalah destinasi yang sentiasa menjadi pilihan ramai unuk dikunjungi.

Pulau Maldives, Bali, Mabul, Santorini dan Boracay antara syurga pulau yang menakjubkan dan sering dikunjungi pencinta pulau.

Selain pulau-pulau yang cukup popular dalam kalangan pelancong ini, terdapat juga beberapa pulau yang wajib diterokai buat mereka yang ingin berbulan madu.

Memiliki keunikan tersendiri kerana pulaunya yang berbentuk hati, pulau-pulau yang tersenarai di bawah ini pasti akan menerbitkan suasana romantis buat pasangan yang sedang hangat dilamun cinta.

Bentuk hati yang sememangnya cukup sinonim dengan maksud cinta pasti akan membuatkan percutian di pulau berbentuk hati ini mampu membibitkan rasa kasih sayang yang tidak terhingga.

Berikut adalah pulau berbentuk hati yang begitu unik dan mempesonakan, pastinya meninggalkan memori indah buat pasangan yang mahu menikmati percutian yang romantis dan istimewa.

1. Pulau Tupai di Bora Bora, French Polynesia

Kredit gambar: Viator

2. Pulau Harbor di Maine, USA

Kredit gambar: A Side Of Life

3. Pulau Galesnjak, Croatia

Kredit gambar: Facebook Times Travel Ltd.

4. Pulau Blueberry di Quebec, Kanada

Kredit foto: Dailymail.co.uk

5. Pulau Tavarua, Fiji

Kredit gambar: 7-Themes

6. Isla Corazon, Argentina

Kredit gambar: Inhabitat

7. Pulau Honduras

Kredit gambar: Pinterest

8. Pulau Mogaedo, Korea Selatan

Kredit gambar: Twitter Visit Korea

Selain pulau berbentuk hati, keindahan alam semula jadi seperti terumbu karang dan laguna berbentuk hati juga cukup menakjubkan.

9. Terumbu karang di Whitsundays, Queensland, Australia

Kredit gambar: Tribun Wow

10. Laguna Karawapop, Indonesia

Kredit gambar: IDN Times

Sudah ada idea mahu bawa pasangan anda bercuti ke mana selepas ini? Jangan lupa masukkan pulau berbentuk hati ini dalam senarai percutian anda bersama pasangan, memang romantis!

Ad Ops