Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 9, 2020 @ 6:14pm

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Nama Norma Bakar mungkin tidak ada sesiapa pun yang kenal, tetapi jika disebut Che Nom, boleh dikatakan kebanyakan suri rumah atau sesiapa sahaja yang gemar memasak mengenali nama berkenaan.

Sekali imbas panggilan Che Nom itu juga membuatkan kita terfikir mungkin beliau adalah ‘makcik’ yang gemar memasak kerana semua resipi dan menu yang dikongsi di laman media sosial tampak menyelerakan serta menjadi.

Memiliki 500,000 pengikut di YouTube, Che Nom atau lebih dikenali dengan nama media sosial @Che_Nom sebenarnya seorang ibu yang sangat penyayang, lembut tutur kata dan mendedikasikan masa memasak untuk keluarga atas prinsip beliau melakukan apa disukai.

Norma  dengan  Hari Wanita yang diraikan di tempat kerja, tahun lepas. Foto kredit: Instagram @che_nom

Berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, beliau akhirnya memilih berhenti kerja pada pertengahan tahun lalu dan hari ini juga genap setahun beliau berkongsi video masakan di YouTube dengan mereka yang berminat.

“Saya mula minat memasak pada tahun 2012 setelah melahirkan anak kedua. Sedikit demi sedikit minat memasak makin menebal dalam diri dan suami juga memberi sokongan dengan menjadi jurugambar setiap kali saya memasak.

“Selain jurugambar, suami membuat suntingan sebelum dimuat turun ke dalam media sosial. Ketika itu YouTube masih baru dan belum ramai yang menggunakannya sebagai platform perkongsian,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Koleksi acuan bundt Nordicware antara yang diminati Che Nom selain memasak. Foto kredit: Instagram @che_nom

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mengakui beliau gembira dengan dunia masakan kerana perkongsiannya dalam media sosial mendapat maklum balas yang sangat positif.

Katanya, semua orang boleh memasak, tetapi hasilnya mungkin tidak sama bergantung pada teknik memasak dan minat juga mempengaruhi hasil masakan.

“Saya suka berkongsi video kerana mereka boleh rujuk video berkenaan sekiranya baru belajar memasak. Jika 100 orang memasak resipi sama, hasilnya juga ialah 100 rasa yang berbeza, ini amat mengagumkan saya apabila mereka berbincang dari pelbagai aspek mengenai hasil masakan itu.

“Sejak saya berkongsi video masak memasak ini juga, antara maklum balas yang membuatkan saya terharu ialah kerana individu berkenaan menjelaskan beliau baru sahaja kematian isteri dan terpaksa mengambil alih mendidik anak termasuklah memasak. Katanya beliau melihat video masakan saya dan cuba memasak, hasilnya anak-anaknya suka dengan apa yang beliau masak,” katanya yang bermula dengan web iresipi.com

Che Nom turut memberi kata-kata semangat kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia masakan, lakukan dengan gembira kerana apabila melakukan apa yang digemari dengan hati terbuka, hasilnya juga akan menjadi lebih menarik.

KREDIT FOTO: Instagram @che_nom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Oct 2021

“Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!” – Video Intan Saleh Trigger Netizen

Sebuah video yang dimuat naik oleh bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Saleh menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Video yang di muat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan aksi Intan melakukan ‘lip […]

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

Featured Mon, 22 Nov 2021

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu. Itulah yang […]

Featured Wed, 10 May 2023
Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

error: Content is protected !!