Acara By: Shaidah Shafie July 24, 2019 @ 4:24pm

Krim aqua rich selamatkan kulit daripada ‘terbakar’

Kajian penanda aras penjagaan kulit Kao 2018 mendapati hanya 17 peratus wanita Malaysia dalam lingkungan usia 15 hingga 49 tahun mendapat perlindungan secukupnya daripada sinaran ultralembayung.

Sama ada disedari atau tidak, ancaman sinaran ultralembayung (UV) pada wajah bukan sahaja berlaku di luar rumah, tetapi juga dilaporkan 70 peratus sinaran yang tidak diperlukan kulit itu boleh menerobos masuk melalui cermin tingkap  ke dalam rumah atau kenderaan.

Di Malaysia tahap pancaran sinaran UV dikatakan semakin meningkat kebelakangan ini dan pada waktu puncak ia boleh mencecah paras antara lapan hingga 10 dan tidak mustahil boleh meningkat kepada 15 sekiranya hari cerah dan panas terik yang mana keadaan ini mengancam kesejahteraan kulit.

Kenyataannya ramai wanita yang mahukan kulit mulus, putih dan cerah bak porselin, tetapi mereka tidak mengetahui kaedah yang perlu diamalkan bukan saja untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya, tetapi cara terbaik memperoleh kulit idaman.

Menyedari cabaran sukar dihadapi wanita dalam penjagaan kulit wajah, Kao Biore memperkenalkan krim yang berupaya mengubah mekanisme penjagaan kulit dengan formula ‘Micro UV Defense’ SPF50+ PA++++ yang pertama di dunia.

Inovasi kecantikan

Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara, berkata ancaman alam sekitar terhadap kulit semakin membimbangkan dan Kao terpanggil untuk menangani permasalahan ini dengan melakukan pelbagai uji kaji di makmal demi kesejahteraan kulit manusia.

Katanya, Kao Biore sentiasa memperkenalkan inovasi kecantikan yang membawa manfaat untuk pengguna seiring dengan misi global mereka iaitu menerajui perubahan demi memperkasakan kehidupan.

“Selepas penyelidikan intensif selama tujuh tahun, Kao Biore mencetus revolusi menerusi ‘Teknologi Pertahanan Mikro’ iaitu inovasi yang memaksimumkan potensi SPF50+ sepenuhnya.

Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara melancarkan Biore Uv Aqua Rich Water pelindung kulit wajah dari cahaya matahari teknologi UV dari Jepun. Foto:  NSTP/Rohanis Shukri.

“Ia juga memberi tahap perlindungan tertinggi dalam likungan ini dengan rumusan aqua rich bertekstur ringan seakan air yang diperbahaui, sesuai dipakai setiap hari di mana ia mampu memberikan perlindungan UV secara optimum,” katanya pada majlis pelancaran Biore UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ di Bangsar South, baru-baru ini.

Biore ‘Micro UV Defense’ SPF50+ PA++++ yang diperbaharui itu adalah gabungan pelindung UV yang tahan lama dan tampak semula jadi apabila dipakai, berteksur seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Produk ini juga berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari dan diformulasi khas untuk menjadikan kulit mulus dan gebu serta-merta selain melembapkan wajah atau boleh dijadikan asas mekap yang ideal untuk kegunaan harian.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih  berkesan, anda disarankan memakai Biore UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ pada wajah sebelum keluar rumah dan mengulang pemakaiannya sekali lagi selepas dua atau tiga jam.

Foto: Kao Biore Malaysia.

5 sebab anda perlu miliki krim pelindung matahari ini

# Ia dihasilkan daripada formula unik yang melindungi secara menyeluruh sehingga ke liang-liang kulit untuk perlindungan UV harian yang tiada bandingan, melindungi  kulit daripada sinar UVA1, UVA2 & UVB yang menyebabkan selaran matahari, tona kulit tidak sekata dan tanda-tanda penuaan pramatang seperti bintik-bintik pigmentasi dan kulit kusam.

# Kapsul antiultralembayung 0.2 mikro milimeter, mampu meresap ketidaksekataan kulit yang tidak kelihatan oleh mata kasar, membentuk tabir pelindung sekata pada permukaan kulit sehingga ke tahap mikroskopik bagi menghalang  masalah kulit akibat pancaran UV.

# Walaupun mampu memberi perlindungan optimum daripada sinaran UV, Biore UV Aqua Rich masih mengekalkan teksturnya yang seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap yang disukai ramai pengguna.

# Ianya menyegarkan dan terasa sangat ringan pada kulit apabila dipakai, manakala formulasi tidak melekitnya pula memudahkan penyerapan yang cepat tanpa meninggalkan sebarang tompok putih.

# Ia juga berfungsi sebagai primer pelembab kerana diperkaya dengan agen pelembap seperti Asid Hyaluronik & Ekstrak Royal Jelly. Selepas penggunaan, kulit tampak lebih segar dan lembap, sangat sesuai  dipadankan dengan bedak asas untuk kemasan yang sekata.

# Sesuai untuk semua jenis kulit, produk yang boleh digunakan untuk muka dan bahagian badan ini dijual pada harga RM35 dan terdapat di semua farmasi, pasar raya mega dan kedai runcit utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Sep 2018

Berusia 12 Tahun, Janna Jihad Ayyad Diiktiraf Wartawan Termuda Dunia!

Bagi Janna, kamera adalah senjatanya dalam mendedahkan kebenaran yang berlaku di Palestin.

Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Featured Wed, 14 Jun 2023
#tilljannah Mon, 25 Oct 2021

“One Step Closer” – Latif Romly Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Jaguh lompat jauh negara, Latif Romly atau nama sebenarnya Abdul Latif bin Romly telah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar, Perlis pada Sabtu. Pemenang pingat emas negara […]

Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

Featured Thu, 20 Apr 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh