Categories: FeaturedGaya Hidup

Leher Anda Hitam? Gunakan Buah Betik Untuk Hilangkannya!

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak mementingkan penjagaan kulit leher sehingga menyebabkan kawasan tersebut kehitaman akibat lipatan kulit. Pernahkah anda terfikir cara untuk menghilangkan kehitaman tersebut? 

Jangan risau, bagi anda yang mempunyai masalah kulit leher yang hitam, boleh mencuba cara semulajadi ini. Yang pasti, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak!

Hanya menggunakan buah betik sahaja, masalah anda boleh diatasi. Kalau anda nak tahu nutrisi betik baik untuk kesihatan kulit. Betik juga kaya dengan vitamin dan mineral yang berguna untuk mencerahkan kulit, seperti enzim papain. Enzim ini sangat baik untuk penjagaan kulit kerana ia boleh membantu mencerahkan kulit, memulihkan wajah, menghilangkan noda hitam dan mencegah kedut.

Jom semak cara nak buat puri betik untuk menghilangkan kesan hitam pada leher.

Foto: Diari Mama

1. Hiriskan betik ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit jus lemon. Kacau sehingga rata.

2. Sapukan pada kulit leher dan urut secara perlahan-lahan. 

3. Biarkan selama 1 jam, kemudian bilas dengan air bersih.

4. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu.

Mudah sangat kan? Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif tidak perlu risau kerana tip ini berasaskan bahan semulajadi. Selamat mencuba!

Sumber: Aliffchannel

tex_admin