Categories: FeaturedGaya Hidup

Lufya Omar kongsi panduan atasi kemurungan. Awas pembunuh senyap ini!

Masalah kemurungan atau depresi kini pada tahap yang sangat membimbangkan. Memetik kenyataan Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye di Harian Metro, kadar kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit kemurungan dari 2011 sehingga 2015.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata, gejala ini akan menjadi penyakit kesihatan mental utama yang bakal dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 jika ia tidak ditangani dengan baik oleh semua pihak.

Kemurungan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina dan bangsa. Sumber gambar: USA Today

Isu kemurungan mungkin tidak diambil peduli sebelum ini kerana dianggap taboo dalam kalangan masyarakat, namun melihat kepada banyak kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membabitkan masalah kemurungan di mana pesakit malu untuk mendapatkan rawatan sehingga ada yang sampai tahap membunuh diri, justeru masalah ini bukan satu isu yang boleh dipandang enteng.

Antara selebriti yang dikatakan membunuh diri akibat kemurungan ialah Marilyn Monroe (pelakon dan penyanyi), Kurt Cobain (penyanyi), Robin Williams (pelakon), Chester Bennington (vokalis Linkin Park), Lucy Gordon (pelakon), Kim Jonghyun (vokalis kumpulan Shinee), Sulli (pelakon dan penyanyi) dan terbaru perenang Sarawak, Aryton Lim yang mati bunuh diri pada 24 Oktober 2019.

Kemurungan boleh berlaku akibat beberapa faktor antaranya tekanan di tempat kerja, masalah keluarga atau rumah tangga, krisis kewangan serta kehilangan orang tersayang.

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Sulli ditemui mati pada 14 Oktober 2019 dipercayai akibat depresi. Sumber gambar: Heavy.com

Mereka yang mempunyai kemurungan akan mengalami gejala seperti cepat letih dan tidak bertenaga, gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur, kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan, kurang nafsu seksual, sukar membuat keputusan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, mudah cemas dan marah, rasa diri tidak berguna serta hilang selera makan.

Masalah kemurungan boleh dirawat jika dikesan awal. Terdapat beberapa langkah untuk mencegah kemurungan antaranya berjumpa dengan kaunselor dan doktor, bersenam secara konsisten, mendapatkan sokongan dan bantuan keluarga, membuat sesuatu yang menggembirakan diri, merehatkan diri dan minda, tidur secukupnya iaitu lapan jam sehari, mendekatkan diri kepada Tuhan serta mengelakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko.

Berikut merupakan perkongsian daripada pelakon serta penyanyi Lufya Omar mengenai panduan bagaimana untuk menangani kemurungan. Lufya yang kini dalam proses perceraian pernah meluahkan perasaan di laman Instagram berkaitan hal rumah tangganya.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui masalah rumah tangga yang dihadapi pernah membuatkan dia berdepan dengan kemurungan gara-gara banyak mendiamkan diri dan menyimpan perkara tersebut sehingga memakan dirinya.

Ingin tahu bagaimana Lufya menangani masalah kemurungan yang dihadapinya, jom lihat video YouTube Hijab & Heels di bawah.

Ad Ops