Featured By: Shaidah Shafie April 6, 2020 @ 11:45am

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Suatu ketika dahulu premis yang menawarkan roti dan pastri Perancis, Delifrance, mendapat perhatian rakyat Malaysia ketika peringkat awal pembukaannya di negara ini pada 1990.

Kini ada banyak kedai bakeri menawarkan pastri Perancis atau Denmark, tinggal lagi pilih sahaja mana yang menyelerakan pada mata untuk membelinya.

Namun begitu, perlu berhati-hati juga kerana kadangkala bahan yang digunakan dalam pembuatan pastri berkenaan tidak halal walaupun ramai menganggap pastri hanya memerlukan mentega dan telur sahaja serta tidak membabitkan bahan tidak halal.

Faridah Mansoor ketika menyertai bengkel membuat pastri di bawah kendalian Chef Bedros Kabranian di Surabaya, Indonesia, beberapa tahun lalu. Foto: Fari Mansoor.

Bertolak daripada kesedaran berkenaan, Faridah Mansoor, 61, atau lebih mesra disapa Fari mengambil inisiatif membuat sendiri pastri kegemaran ahli keluarga pada hujung minggu.

“Saya mula belajar buat kek dan biskut sejak 30 tahun lalu, namun mula berminat dengan pastri lima tahun terakhir ini. Memang kami sekeluarga suka makan pastri. Bila buat sendiri, tiada keraguan.

“Sama ada untuk sarapan, minum petang mahupun jika ada keraian kecil dalam kalangan ahli keluarga, saya akan buat macam-macam jenis supaya anak-anak boleh makan dengan puas hati,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Minat mendalam terhadap pastri itu juga mendorong Faridah memasuki pelbagai bengkel membuat pastri di dalam dan luar negara selain mempelajarinya menerusi atas talian.

Meskipun tiada niat untuk membuka kafe atau menjalankan perniagaan dalam bidang pastri, beliau berasa perlu untuk menimba ilmu dalam bidang pembuatan pastri kerana teruja dengan teknik pembuatan yang dilakukan masyarakat Eropah terhadap pastri yang juga dianggap makanan sejagat.

“Saya rasa seluruh dunia tahu mengenai croissant mahupun pastri Denmark atau Perancis. Kalau kita lihat di hotel mana-mana sekali pun, kebanyakannya ada menyediakan pastri untuk sarapan.

“Sama ada dewasa atau kanak-kanak, semua suka pastri yang mengenyangkan dan enak ini, bergantung juga kepada cita rasa mahu dinikmati dengan teh atau kopi,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mini Sardine Puffs. . . . #pastrybyfari #onlinepastryclass #puffpastries #pjjpastry

A post shared by Pastry by Fari (@farimansoor) on

Menyedari minat masyarakat terhadap pastri makin ketara, dengan pengalaman dan minat yang dimiliki, Faridah juga menawarkan kelas menyediakan pastri menerusi atas talian untuk rakan-rakan terdekat.

Kini beliau turut membuka ruang untuk sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya dengan melancarkan Pastry by Fari menerusi laman sosial Facebook. Bagi anda yang berminat, beliau menyediakan video dan resipi dalam bentuk PDF.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 21 Oct 2022

‘Bicara Jiwa’ Jadi Langkah Mula Aswan Anwar Dalam Bidang Nyanyian

Nama anak kelahiran Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian. Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul Bicara Jiwa yang […]

Gaya Hidup Sat, 11 Aug 2018

Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalurkan Gemilang?

Ramai-ramai kita kibarkan Jalur Gemilang!

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Sun, 5 Sep 2021

Cara Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Umum maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas COVID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok. Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC […]

Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Featured Fri, 10 Jun 2022