Events By: Halimey Zamal October 21, 2022 @ 11:54pm

‘Bicara Jiwa’ Jadi Langkah Mula Aswan Anwar Dalam Bidang Nyanyian

Nama anak kelahiran Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian.

Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul Bicara Jiwa yang turut menampilkan penyanyi berpengalaman dari kumpulan VE, Adeep Nahar, terbitan syarikat rakaman bebas, Sang Melodi Entertainment dengan label hiburan, Rocketfuel Entertainment.

“Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah di atas kelahiran lagu ini yang merupakan hasil titik peluh di antara saya dengan Adeep Nahar yang merupakan rakan kongsi Sang Melodi Entertainment.

“Bermulanya perjalanan seni saya ketika diberi peluang merakamkan dua buah single bersama label ‘indie’ dari Indonesia sebelum berlakunya pandemik COVID-19 lagi.

“Setelah hampir dua tahun segala aktiviti seni terhenti gara-gara tragedi COVID-19 membuatkan saya terfikir untuk menubuhkan label muzik sendiri bersama Adeep dan Bicara Jiwa adalah karya pertama kami,” jelas penyanyi berusia 32 tahun ini.

Bicara Jiwa yang dicipta sepenuhnya oleh komposer baharu dan berbakat, Karya Tujuh merupakan sebuah single dalam nuansa pop moden yang turut diselitkan dengan rangkap rap nyanyian Aswan sendiri menambah ‘perisa’ karya istimewa ini.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya mencuba sesuatu yang baharu seperti menyanyi rap serta keluar dari zon selesa.

“In Sebagai penyanyi kita perlu berani mencuba pelbagai genre untuk menjadi seorang penghibur yang versatil.

“Proses rakaman mengambil masa selama 3 jam sahaja di Studio Novarts, Ara Damansara, manakala proses keseluruhan bagi penghasilan lagu ini memakan masa hampir setahun, merangkumi sesi latihan nyanyian dengan tarian bagi memantapkan mutu persembahan nanti,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) ini.

Idea asal Bicara Jiwa datangnya dari Aswan sendiri yang mahukan sebuah karya yang menggambarkan hubungan keakraban di antara adik-beradik yang diterjemahkan ke dalam lagu.

“Saya ini mengetengahkan konsep di antara adik dengan abang yang membicarakan tentang kasih sayang yang mendalam di mana masing-masing meluahkan isi hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

“Watak utama dalam lagu ini adalah mengenai kasih sayang seorang adik terhadap abangnya. Segala penceritaan dalam bait-bait lirik adalah berdasarkan cerita sebenar yang dilalui bersama menuju ke arah yang satu.

“Hubungan mereka ibarat ‘isi dengan kuku’, begitu akrab dan tidak mungkin ada yang boleh memisahkannya kecuali Tuhan.

“Biarpun berlaku perselisihan faham, namun peribahasa Melayu ada menyebut air dicincang tidak akan putus,” katanya.

Selain bidang nyanyian, Aswan turut mengendalikan perkhidmatan studio rakaman dan perniagaan makanan yang dikendalikannya sendiri sejak sekian lama.

“Saya ingin menjadi penyanyi yang dapat memberi motivasi kepada orang ramai melalui karya-karya saya, ibarat perjalanan hidup saya yang dimelodikan menjadi sebuah lagu dengan cerita teladan. Jenis muzik yang cuba saya sampaikan adalah universal dan tidak terikat dengan mana-mana genre.

 

“Selain single, video muzik (MV) Bicara Jiwa turut dilancarkan serentak dengan konsep penceritaan sebuah perhubungan antara adik dengan abang yang hidup di perantauan.

“Jalan cerita MV dimulai dengan titik pertemuan saya bersama Adeep yang saya anggap seperti abang sendiri, hubungan keakraban yang terjalin ibarat saudara kandung masih utuh ke hari ini. Pelbagai rintangan telah kami lalui sebagai ‘anak perantau’ dan kami sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh

Trending Fri, 18 Dec 2020
Featured Thu, 21 Jul 2022

Bersara Dari Dunia Hiburan & Berhijrah Ke Luar Negara, Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera US?

Sarah ceburi bidang baru di Amerika Syarikat 😊 Fuhh, patutlah nampak sado betul sekarang 💪🏻💪🏻 Apapun, semoga ini yang terbaik untuknya

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

许佳麟获颁《娱协30》新人造势「最具人气奖」

为了让大家更了解和接近《娱协30》“新人推荐奖”候选人,娱协将于昨(29日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动。出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成、李佩玲以及Danny许佳麟。

Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

| Live TV